Zakat

jenis, zakat, dan, syarat, zakat

Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Jenis-jenis zakat :-

1. Zakat Pendapatan
2. Zakat Perniagaan
3. Zakat Wang Simpanan
4. Zakat Saham
5. Zakat Emas
6. Zakat Perak
7. Zakat Ternakan
8. Zakat Tanaman
9. Zakat Fitrah

Dalil Wajib Zakat

Ibadah Zakat adalah alah satu daripada Rukun Islam yang ke lima. Dalil wajib ini antaranya berdasarkan firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang ruku”.
Surah An-Nur : Ayat 56

Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta seseorang. Firman Allah bermaksud :
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat @ amal jariah) supaya dengan iti engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari yang buruk)”
Surah At-Taubah : Ayat 103

Bedasarkan hadis diatas, menyucikan bermaksud membuang sifar kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari hati, dengki sertamenaruh perasaan dendam terhadap orang yang kaya.


 Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta ataupun pendapatan seseorang.

Syarat Wajib Zakat

1. Islam
    Dikenakan keatas orang Islam.
2. Merdeka
    Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tidak dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
3. Sempurna Milik
    Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang.
4. Cukup Nisab
    Paras minima yang menentukan samada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat   
    85 gram nilai emas.
5. Cukup Haul
    Genap setahun harta itu disimpan.
6. Niat Berniaga (zakat perniagaan sahaja)
    Untuk memperoleh keuntungan.

manfaat, zakat, dalam, islam

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge