Tips Elak Badan Berbau

Assalamualaikum…
Kali nie aku punya tajuk lain sikit. nak kongsi satu tips yang berguna kepada orang yang ” Wangi”….ok..Bukan apa nak saja-saja update pasal entry ni tapi disebabkan kerja aku ni banyak berdepan dengan pelanggan yang datang dengan “wangian” yang pelbagai bau…kat sini ada tips dia….
“ Dari jauh dah ada bau yang kurang menyenangkan, bayangkan jika duduk bersebelahan ”
Itu mungkin kita pernah katakana atau dengar dari kawan. Mungkin kita tak menyedari masalah bau badan kita sendiri, sebaliknya orang sekeliling boleh bau. Walaupun diantaa kita mengetahui masalah bau badan tapi masih lagi buat tidak endah. Come on lah bro!!!
Berapa lama masa anda ambil untuk mandi?? 2 minit, 3 minit atau 15 minit??? Tidak kisah lah berapa lama anda mandi yang penting dapat menghilangkan bau badan yang meloyakan. Tahu tak bagaimana mandi yang sempurna??
tip, elak, badan, berbau, busuk
1. Mandi dan bersihkan badan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan produk yang sesuai untuk tubuh.
2. Gunakan span mandian atau lufah untuk menanggalkan sel kulit mati serta membersihkan kulit dengan cepat.
3. Jangan lupa untuk membersihkan bahagian belakang telinga, tengkuk, dan celah kaki. Bersihkan juga bahagian ketiak kerana bacteria banyak berkumpul di bahagian ini.Sekiranya mengalami masalah kulit kering, elakkan menggunakan sabun berbuih banyak. 
4. Sapukan losyen badan selepas mandi.Keringkan badan dengan sempurna. 
5. Kemudian gunakan produk wangian badan seperti deodorant anti peluh untuk mengelakkan tejadinya bau badan.Pakai pakaian yang kering dan sesuai dengan fizikal anda.
Selain membersihkan diri dan badan, mandi jugaboleh meningkatkan aliran darah dan mengendurkan otot-otot tegang. Penggunaan bahan pewangi badan berasakan aromaterapi boleh menenangkan fikiran.
tips, ketiak, berbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge