Wang Kertas Siri Baru Bakal Diedar

Wang kertas baru ni bertemakan keunikan Malaysia. Wang kertas ini akan menggantikan wang kertas yang sedia ada dalam edaran selama 10 tahun. Wang kertas baru ni  memaparkan ekspresi tradisional berkonsepkan seni kraftangan, alam flora dan fauna, ekonomi serta tradisi.
Wang kertas  ni mengabungkan ciri-ciri keselamatan yang selari dengan peningkatan kemajuan teknologi terkini disamping mengekalkan ciri-ciri yang sedia ada. Selain itu, potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan bunga kebangsaan Malaysia dikekalkan. Bunga apa???Bunga apa???..bunga raya la…..
Wau dipaparkan pada wang polimer RM1 baru. RM5 memaparkan burung enggang badak.Wang RM10 menonjolkan bunga yang terbesar di dunia iaitu…….bunga apa??? bunga Rafflesia. Dan kita juga bakal menyaksikan kemunculan semula RM20 yang sudah lama tiada…. Korang sempat tengok tak??? Aku sempat lah juga…Wang kertas RM20 dengan warna jingga pula memaparkan dua spesies hidupan laut iaitu  penyu terkenal iaitu penyu karah dan penyu belimbing.RM50 tidak ada perubahan ketara. Ia menonjolkan kelapa sawit sebagai ikon ekonomi negara dan bioteknologi dalam menyokong transformasi ekonomi. Dan not RM100 memaparkan kekaguman Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu, Sarawak.
duit, kertas, baru, malaysia
sumber : Bernama dan mynewshub.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge