Ujian Yang Menimpaku

Semalam, kira-kira dalam pukul 9.30 malam, aku memasukkan system kat dalam pc tmpt kerja aku. Alhamdulillah, pada mulanya semuanya ok..tapi bila sampai kat satu komputer ni…….MasyaAllah..ujian apa yang menimpa aku ini..dalam hati aku “ eh..kenapa pula nie…tadi buka ok jer…ni tak de pula fail nie…mana hilang?” masa tu, hanya Allah jer yang tahu perasaan aku..cuak…seram…semua ada…aku cuba klik kat tempat yang sama..kemudian terpandang perkataan ‘customize’…aku pun klik lah kat situ….. Alhamdulillah..ada fail ni…aku pun halakan anak panah kat situ..klik-klik..tak boleh…kat sebelah fail tu tulis “ Show file”, “Hide File”…aku klik untuk show fail dan klik ok…cuba lah buka balik, tapi tak boleh juga…Ya Allah…kenapa lah jadi begini…tengok jam dah pukul 10 malam…aduiii…aku off pc tu dulu dan buka balik…sementara tu aku pergi buat kat komputer lain….Alhamdulilah ok..Cuma satu komputer ni password dia tak betul…gelabah aku…2 3 kali aku masuk..tak boleh juga…apa lagi, aku ambil telefon dan sms kat bos aku tanya password…dia cakap password yang sama juga…MasyaAllah…satu hal lagi pula…aku biarkan yang tu dulu..kemudian aku pergi balik kat komputer yang masalah awal tadi tu…cuba lah buat dengan penuh yakin..tapi, tak boleh juga…”Allahuakbar…dugaan apakah ini…dah ler komputer ni orang nak guna esok” bisik hatiku…Hhhhmmm…dah tak boleh juga, aku biarkan dan tutup balik komputer tu….tunggu ajer esok hari….sebenarnya 3 komputer yang bermasalah….satu komputer lagi, conection internet problem…..tengok line semua elok…tapi komputer ni jer masalah…Bos aku call..dia tanya pasal komputer tu…aku ni jenis yang jujur…aku cakap lah…dari segi nada suara dia tu dah lain dah..mesti dia pun tengah serabut tue…dia dok cakap panjang lebar…pastu dia cakap “ wan stop lah dulu..jgn buat apa-apa lagi..komputer yang lain biar dulu”….padahal semua komputer aku dah buat…habislah aku jawabnya…memang dia dah mula rasa tak seronok dah…camne erk nak buat..aduhaii…mood bos pun dah berubah….mood aku lagilah….sekarang ni aku berserah je lah pada Allah…kalau dia cakap macam Donald Trump “ You are fired “ aku terima jer…memang silap aku pun…tak taulah khilaf kat mana….pasrah jer…(sambil dengar lagu Erra Fazira- Pasrah)….
lebih kurang cam ni lah aku semalam..
p/s :  pagi tadi aku masuk kerja awal dan buat balik komputer yang bermasalah tu.. Alhamdulillah..dah ok..mungkin semalam dia nak aku balik kot…huhuhuhu….

2 thoughts on “Ujian Yang Menimpaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge