Tips Rapatkan Hubungan Dengan Mertua

Dalam mengharungi bahtera perkahwinan, kita bukan sahaja berkawin dengan isteri atau suami kita sahaja tetapi kita juga berkahwin dengan keluarga mertua kita juga. Permulaan perkahwinan pasti akan timbul pelbagai perasaan yang menjadi penghalang untuk kita rapat dengan mertua.  Bagaimana untuk kita sebagai menantu merapatkan hubungan dengan mertua ?
1.Anggap mereka sebagai ibubapa kita sendiri.
2.Doa agar jadi menantu terbaik, doakan dan maafkan
mertua jika mereka berbuat salah kepada kita.
3.Jika kita sayangkan pasangan, wajib bagi kita sayang mertua kerana pasangan kita adalah anak mereka.
4.Belajar daripada pasangan dan ipar tentangg karenah mertua.
5.Bawa buah tangan atau makanan kegemaran mertua apabila menziarahi mereka.
6.Belajar daripada mertua tentangg karenah dan makanan kegemaran
pasangan.
7. Peluk atau bantu urut mertua bila bertemu.
8.Bila mertua baling tahi, kita baling bunga.
9.Berbuat baik kepada biras dan elak jadi batu api.
10.Elak ceritakan masalah rumahtangga kepada mertua, kecuali
darurat.
11.Sebarkan kebaikan
mertua.
12.Rajin minta nasihat mertua.
13. Rapatkan diri dengan Allah, insyaAllah mertua akan sayang.

1 thought on “Tips Rapatkan Hubungan Dengan Mertua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge