Tips Ramadhan Coach Sam Adnan : Kurangkan Makanan Bergoreng

Untuk kali ini Coach Sam Adnan menyarankan agar mengurangkan makanan bergoreng. Kenapa perlu dikurangkan ? Makanan bergoreng contohnya ayam goreng, sotong goreng, popia goreng, dan berbagai gorengan lagi ternyata memang sedap dan enak.Tahukan anda jika mengambil makanan bergoreng secara berlebihan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius ?

ayam, goreng, kentang, goreng

Tahukah anda makanan berminyak susah untuk badan hadam ? Dan kesan daripada itu akan menyebabkan lemak terkumpul dan berat badan bertambah. Makanan bergoreng mengandungi lemak trans yang menaikkan risiko seseorang untuk menghidap penyakit jantung. Lemak trans menjadi punca kepada pembuluh darah tersumbat lalu menyebabkan penyakit jantung koronari.

Aktiviti harian yang kurang dalam bulan puasa ini boleh mengurangkan metabolisme kita.Jadi, kita perlulah kurangkan makanan yang melambatkan lagi proses pembakaran lemak dalam badan. Bagi mengelakkan semua ini, pilihlah makanan lebih sihat seperti makanan kukus atau bakar dan yang paling bagus adalah makanan yang natural.

masakan, kukus, baik, untuk, kesihatan

Tips ini adalah dengan kerjasama Coach Sam Adnan.

1 thought on “Tips Ramadhan Coach Sam Adnan : Kurangkan Makanan Bergoreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge