Tips Ramadhan Coach Sam Adnan : Seimbangkan Pengambilan Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama yang diserap segera kedalam tubuh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.Tetapi tahukan anda jika karbohidrat diambil secara berlebihan akan menyebabkan penyakit seperti diabetis.

roti, kekacang, sumber, karbohidrat.

Cuba kurangkan pengambilan nasi dan makanan lain yang tinggi dengan karbohidrat.Kerana, karbohidrat akan ditukarkan ke gula dalam badan yang boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam darah. Kalau boleh, cuba adakan lauk yang berprotein tinggi seperti ikan, ayam, kekacang, telur dan makanan lain untuk seimbangkan diet dan juga meningkatkan metabolisme anda.

sumber, karbohidrat, dan, jenisnya

Waktu sahur, pilihlah karbohidrat yang kompleks untuk membiarkan tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan.Contoh makanan ialah nasi basmati,kekacang, barli, roti dan lain-lain lagi.Ini akan membuatkan anda rasa kenyang yang lama.

Tips ini adalah dengan kerjasama Coach Sam Adnan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge