Tips Menghadiri Temuduga

proses, temuduga, adalah, sangat, penting.

Temuduga adalah satu pertemuan yang sangat penting kepada
kita. Temuduga ini selalunya terasa sangat mencabar dan gemuruh. Temuduga lebih
sukar dari kerja yang bakal dilakukan.Persiapan dalam menghadapi sesi temuduga
adalah sanga penting. Disini, aku nak kongsi tips menghadiri temuduga.
Tips-tipsnya adalah :
 1) Persiapan Sebelum Menghadiri Temuduga
– Buat kajian berkenaan syarikat dan pekerjaan yang dipohon.
– Berlatih untuk menjawab soalan yang bakal diajukan
 – yakin dengan diri sendiri
– Penampilan diri yang sesuai
2)Tips Semasa Temuduga
– Berpakaian kemas
– Bersopan dalam komunikasi
– Jawab soalan dengan tenang dan yakin
-Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
-Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas, tapi padat
– Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
-Bertanya soalan yang berkaitan
 3) Perkara-Perkara yang Perlu Dielakkan
-Terlupa membawa resume dan sijil-sijil berkaitan
-Berpakaian tidak sopan/selekeh/menjolok mata
-menjawab dengan jawapan yang meleret
-terlampau yakin
4) Kelemahan yang boleh dielakkan
– Terlalu memilih pekerjaan
– Mengharapkan gaji permulaan yang tinggi tanpa pengalaman
yang mencukupi.
– mudah putus asa
5) Harapan Pihak Majikan
– Boleh berkomunikasi dengan baik (Communication Skills)
– Berdikari dan boleh dipercayai
– Menepati masa
-Belajar untuk mengutamakan perkara yang penting
-Menunjukkan inisiatif yang tinggi
– Pemikiran kreatif dan kritis
– terbuka menerima kritikan
Tambahan dari pensyarah aku :-
– Antara soalan yang biasa ditanyakan adalah ( What is Your
Strength and Weakness, What Do You See Yourself in 5 years time, Why do you
think you are the best for this job, why you want to switch job, and etc)
 – Eye contact mesti
dijaga. Cuba pandang mata mereka dan elakkan mengata perkara yang buruk tentang
boss anda (jika bertukar kerja), terlampau yakin dan  menjawab
tergagap-gagap. Biarlah menjawab tidak laju tapi terang dan jelas.
akaian, yang, boleh, dipakai, untuk, proses, temuduga.
doa, yang, boleh, dibaca, sebelum, temuduga

1 thought on “Tips Menghadiri Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge