Tips Memilih Pewangi

cara, sembur, pewangi, perfume, dengan, betul
Pemilihan wangian yang sesuai mungkin boleh jadi sesuatu yang hebat dan juga mengelirukan, terutama apabila berdepan dengan pelbagai jenis pewangi yang berbeza. Korang tahu tak biasanya haruman sesuatu pewangi akan bertukar setiap masa bergantung pada kesesuaian tubuh ?
pewangi, perfume, minyak, wangi

5 langkah mudah membeli pewangi baru :-
1. Hadkan pada 3 jenis haruman setiap kali mencuba pewangi. Ini untuk mengelakkan dari terjadinya kelemahan rangsangan apabila menghidunya.
2. Sembur setiap pewangi pada kepigan kertas khas yang di sediakan. Elakkan menyemburnya pada kertas berdakwat yang mungkin boleh mengubah bau pewangi.
3. Selepas menyamburnya, tunggu beberapa saat untuk mengelakkan bau alkohol yang pertama.
4. Apabila mencuba atau menghidu haruman yang disembur pada pergelangan tangan, elak dari menggosoknya dengan kedua-dua belah pergelangan tangan serta merta. Jika dilakukan, ia boleh menghasilkan bau yang pelik dan juga mengubah bau pewangi tersebut.
5. Sekiranya korang ada masa, tunggu 5 – 10 minit untuk menikmati bau bahagian atas, jadi korang boleh tahu bagaimana bau yang sesuai dengan tubuh korang.
Apabila korang di kaunter pewangi, cuba terlebih dahulu beberapa jenis pewangi pada kepingan kertas yang disediakan. Sekiranya korang dapati satu atau dua haruman yang korang suka, cuba nya pada pergelengan tangan korang.  Tunggu !!! Jangan beli dulu. Sebaiknya korang tunggu beberapa minit atau pergi membeli-belah dulu. Kemudian korang periksa haruman tersebut yang disembur pada pergelangan tangan korang tu.  Kalau korang masih menyukai wangian tu, barulah pergi beli.
senarai, minyak, wangi, original, gred, AA

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge