Tips Jimat untuk Kumpul bajet kahwin

nak, kahwin, bajet, tak, ada

Nak kahwin tapi bajet lari. Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan korang adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau rasa diri tu sudah bersedia untuk berkahwin, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer – Kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ada Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!
2. Elakkan hutang kad kredit – Jangan ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu. Yelah masa nak beli barang, mudah jer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time. So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
3. Potong jer langganan yang tak penting – Contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1 ke TV2 ke TV3 ke atau TV apa-apa je.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!
 4. Jangan asyik beli barangan branded – Kekadang, kebanyakan orang memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, katakan. Betul tu tapi harganya memang confirm lah mahal! Tetapi kena ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang…

branded, warehouse, sale

 5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit lain. Kalau rajin jaga kesihatan, gerenti boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tue…
6. Jangan merokok! – Yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah kurangkan sikit merokok tu. Selain dapat menyelamatkan nyawa korang, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan korang!
7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama..Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet korang untuk ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan dah jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah, cakap kat dia korang nak simpan duit untuk kahwin.
8. Jimatkan bil rumah – Ada beberapa cara yang boleh lakukan untuk jimatkan bil penting di rumah korang, misalnya bil elektrik dan bil air. Elakkan daripada memakai penghawa dingin di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang pentingkorang kena betul praktikkan amalan ni dalam kehidupan seharian.
jimatkan, bil, elektrik, rumah

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – Bagi korang yang tak gemar membaca, ini tak jadi masalah. Memang elok kita membaca surat khabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca surat khabar, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau pejabat korang ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro, kosmo dan lain-lain lagi. Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library…
10. Kurangkan membeli gajet elektronik – Di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat-alat nie memang serius mahal. Kalau betul nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet nie semua…Cakap kat wife ” tak sempat nak beli sebelum kahwin”…huhu..
gambar, majlis, perkahwnan, adat, orang, melayu

You may also like

2 Comments

  1. Sape yang ada masalah dengan kad kredit. Bole wattapp saya 0182870945. Tips transfer balance dari kad a ke b ke c yg memang bole membantu. Tidak perlu buat pinjaman dari bank, along. Just susun balik penggunaan kad yg sedia ada dan buat transfer balance dari kad2 yang sedia ada. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge