Tip Ramadhan Coach Sam Adnan : Solat Terawih

Terawih adalah bermaksud istirehat manakala solat terawih bermaksud solat yang merehatkan. Solat terawih adalah sunat muakad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah atau masjid selepas solat isya semasa bulan Ramadhan.
solat, sunat, terawih
Dari prespektif sains, pelbagai kajian menunjukkan solat terawih merupakan pelengkap penting puasa. Secara ringkasnya, fizikal dan mental kita berkait rapat. Perasaan negatif dalam minda seperti marah, benci dan sebagainya boleh ganggu kesihatan fizikal kita, ganggu sistem immune kita dan membuatkan kita sakit. Jadi, solat terawih merupakan aktiviti terapeutik yang mampu merawat kita secara rohani dan juga fizikal.
Dari segi fizikal pula, solat terawih boleh buat kita bakar +/- 200 kalori. Setiap rakaat mampu bakar dalam 8 kalori, bergantung kepada persekitaran anda. Jadi,  kalau kita solat 23 rakaat termasuk solat sunat witir boleh lah terbakar dalam 184 kalori.
Tips ini adalah dengan kerjasama Coach Sam Adnan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge