Tip Jimat Untuk Kahwin

Ini adalah tips jimat untuk kahwin dari sambungan Tips Jimat Kumpul Bajet kahwin. Apa tips jimat yang seterusnya ??
11. Masak sendiri – Elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan korang, korang juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!
12. Smart shopping atau e-shopping – hah… sekarang kalau korang nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, korang dah boleh beli macam-macam jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. Faedahnya – mengelakkan korang daripada rambang mata dan membeli barang yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!
13. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD – bagi sesiapa yang gemar menonton movie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli benda-benda nie semua…Maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada benda-benda nie memang susah nak kawal nanti…
14. Jual barang-barang terpakai – Kalau kat rumah korang ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa katakorang jual je barang-barang tue. Korang boleh jual kat kedai-kedai secondhand ke ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.. 
15. Bawa bekal ke pejabat – cara nie bukan calang-calang orang boleh buat kerana ia memerlukan korang bangkit di awal pagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan… Nak jimatlah konon…Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punya…
bawa, bekal, makanan, dapat, menjimatkan, wang.
16. Berkongsi kereta – Istilah glamernya ‘carpool’…Ada sesetengah orang suka guna cara nie dan ada juga sesetengah yang kurang gemar berkongsi kereta. Tetapi, jika korang jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya jika korang cuba kaedah nie… tapi kena ingat: kalau berkongsi kereta, kenalah adil dan saksama, dan kena ikut giliran… jangan pulak asyik kita jer yang duduk di belakang stereng tuh…huhu…
17. Lengkapkan kereta anda dengan tangki gas NGV – Kalau anda selalu pakai kereta dan betul-betul nak jimat, apa kata simpan duit untuk beli tangki gas NGV. Memang confirm anda boleh jimatkan duit kerana gas NGV nie memang murah giler! Cuma downside nya ialah tangki nie berat dan ia akan makan space di but kereta anda dan satu lagi risiko ialah dari segi keselamatan lah. So korang pikirlah sendiri okey…
18. Bersenam di rumah – bersenam tue memang bagus untuk kesihatan. Ada banyak cara untuk bersenam misalnya joging, aerobic, angkat berat, pergi ke gym dan sebagainya lagi. Kalau korang nie jenis yang suka bersenam di gym, memang kena berhabis sikit la kerana korang kena bayar yuran bulanannya. Tapi, kalau ianya dibuat di rumah atau di padang-padang rekreasi, memang confirm korang tak payah keluar duit  satu sen pun. Apa kata korang beli DVD exercise/aerobik/dance and just do it in the comfort of your own home. Rasai kelainannya…
19. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta – Ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta mereka dengan pelbagai jenis aksesori seperti tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kete, tukar sport rim, absorber dan lain-lain… Hmm.. tak membazir ke? Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, tak apalah kan? Tapi, kalau kereta tu dah elok, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, emm…baik fikir dua tiga kali. Walaupun ianya mungkin hobi kesayangan anda, tapi cuba cut down sikit la dalam bab-bab modifications tu… sentiasa ingat dalam kepala “Aku nak kahwin dengan orang. Bukan kereta. Jadi aku kena simpan duit la” …huhu
20. Pakai prepaid instead of postpaid – waktu bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit korang, betul tak? Selain daripada berbual-bual, sms jugak banyak menelan belanja. Kadang-kadang, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf kat keypad handphone tu, sampailah time nak membayarnya…huhu.. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual berjam-jam lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah..:-) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye. Sekarang pun dah ada pakej super saver. 
dah, lepas, akad, nikah, baru, syok

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge