Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 
 Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
 Murid 1 = Orang tua 
 Murid 2 = Guru 
 Murid 3 = Teman 
 Murid 4 = Kaum kerabat
 Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
 Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
 Murid 1 = Negeri Cina 
 Murid 2 = Bulan 
 Murid 3 = Matahari 
 Murid 4 = Bintang-bintang 
 Iman Ghazali =  Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ?
 Murid 1 =  Gunung 
 Murid 2 = Matahari 
 Murid 3 = Bumi 
 Imam Ghazali =  Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
IMAM GHAZALI= Apa yang paling berat didunia? 
 Murid 1 =  Baja 
 Murid 2 =  Besi 
 Murid 3 = Gajah 
Imam Ghazali =  Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali =  Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 = Kapas
Murid 2 = Angin 
Murid 3 = Debu 
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? 
Murid- Murid dengan serentak menjawab =  Pedang 
Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge