Tak Puas Hati Ke Apa ??

Aduiiiii…. Memang naik darah aku lah kali ini. Ini bukan kali pertama tau kejadian ni terjadi. Dah masuk kali ke berapa dah aku tak ingat. Memang sebelum ini aku bersabar je lah kan. Malas aku nak cari pasal dengan orang. Tambahan pula aku baru saja balik tinggal kat sini. Taapiiii… Hari ini dah masuk kali ke berapa dah kejadian ini terjadi lagi. Tak puas hati ke apa ? Nak cakap tak nak…. Haiissshhhhh……

Tahu tak apa yang terjadi ? Aku nak cerita pendek je, malas nak cerita panjang-panjang. hhhmmm… Aku pun pelik lah dengan perangai hamba Allah ini. Nak kata aku kacau dia, memang tak lah… Dia pun berniaga, dan aku pun berniaga. Bukannya sama bidang, lain-lain bidang niaga. Mula-mula aku kerja, aku ingat dia ok lah. Tapiii…hampehhh… Kalau korang nak tahu, dari mula aku kerja sampailah sekarang ini, mesti akan ada sampah bertaburan kat depan pintu. Aku tak syak lah apa-apa mulanya sebab ingat angin yang bawa sampah tu. Biarkan saja lah. Tapi dalam hari lain pula, ada kulit rambutan dan buah rambutan yang buruk bertaburan kat halaman tempat kerja aku. Ini dah pelik sikit ni. Dari mana datang buah rambutan pun aku tak tau.

Bukan tu saja, elok-elok sampah tu ada dalam tong sampah, rajin pula hamba Allah ini pergi buang. Bagus kan dia ? Tolong aku buang sampah tu…. Tapiii… yang jadi masalahnya, dia buang sampah salah tempat,depan pintu tempat kerja aku dibuangnya sampah tu. Rajin terlebih lah tu. Aku nak kata satu keluarganya, tak pasti lah kan. Tak baik nak tuduh-tuduh kan ?

Tapiiii… tadi memang betul apa sangkaan aku selama ini. Aku sendiri dengar perbualan dia. Siap dok cerita kat orang lagi. Amboi… amboi..amboi…. Salah kita je yang dia nampak. Tapi tak apa lah, aku berserah je segalanya pada Allah. Tapi, kan lebih bagus kalau dia tak puas hati ke apa ke, kan elok kalau dia beritahu sendiri kat aku. Tak payah lah nak dengki-dengki kan. Buat dapat dosa free jer. Sekarang ni, aku berdoa agar Allah bagi petunjuk kat hamba itu. Moga Allah merahmati hidup dia.

Pesan aku kepada korang……
p/s : macam lagi kes, tapi aku malas nak cerita banyak-banyak..biarkan je dia dengan sikap dia tu..

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge