aaron_aziz

Tahniah Hero Ombak Rindu

Assalamualaikum..

        Korang ada tengok ABPBH yang ke 25 semalam?? Mestilah tengok kan??? Best tak??Persembahan yang memukau semua orang aku rasa persembahan dari Ziana Zain dengan Azlan Typewiter.Memang heba semalam,gabungan 2 suara tu.

       Kembali pada tajuk aku, aku sebenarnya nak ucap Tahniah kepada Hero Ombak Rindu dan KL Gangster sebab telah memenangi anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 25 dengan jumlah undian 87,669 undian. Walaupun kemenangan Aaron Aziz menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak,nak wat macam mana kan?? Hati orang mana lah kita boleh penuhi. Kemenangan Abang Long pun adalah peminat yang pilih.Tak kisahlah dari mana Aaron Aziz datang, tapi dia sudah memeriahkan Industri Perfileman kita.

kata Aaron Aziz dalam twitter nya ” Terima Kasih Semua!! Tak kisah lah kalau ada yg tak puas hati dgn pilihan peminat yg penting @HishammuddinH2O yg COOL ucap tahniah kat saya!” .


Sebagai pemenang, Aaron pulang dengan penuh bergaya apabila hadiah yang ditawarkan berupa Nissan Teana 250 XV V6 bernilai RM175,000 dan kalung mewah Rafflesia Mandalay bernilai RM250,000.

Tahniah again….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge