JANGKAAN HARTANAH 2018

jangkaan, hartanah, 2018
1. KUASA MEMBELI SEMAKIN KECIL
Bila ekonomi suram, kuasa membeli semakin mengecil. Orang makin takut membeli dan ada komitmen hutang rumah yang panjang.
2. RUMAH MAMPU BELI KURANG.
 Suku pertama 2017 hanya 21% rumah bawah RM250k. Bagi golongan B40 hanya mampu beli kediaman bawah RM250k sahaja.Kediaman jenis ini paling kurang dibina sedangkan golongan ini adalah 40% penduduk.Purata rumah yang tidak terjual adalah berharga RM589,224.00!
3. RUMAH TAK TERJUAL SEMAKIN BANYAK
 Rumah tak terjual 20,807 bernilai RM12.2 billion meningkat 40%
4. PEMAJU SEMAKIN TERTEKAN
 Semua pemaju mengambil pembiayaan bank untuk bina rumah. Bank hanya beri pembiayaan jika 40%
rumah tersebut terjual. Pemaju tawarkan pelbagai skim zero deposit, skim penjawat awam, 1% deposit,cash back, free umrah, free perabot, free parking banyak yang free diberi.
5. JANGAN TERBURU MEMBELI
 Jika kerjaya belum stabil, jangan bina hutang rumah dulu sebab tempoh 30 hingga 35 tahun hutang.
6. PASARAN SEKUNDER JUGA TERLEBIH
Hartanah ini akan di jual dibawah harga pasaran. Jenis hartanah ini juga mula ada lebihan tidak boleh dijual kembali lebih RM4.0 billion.
Pemaju menjual pada harga over value menjadikan golongan pembeli yang ingin jual lepas
siap tidak laku!
7. PEMBIAYAAN BANK SEMAKIN KETAT
 Bank akan lebih teliti pembelian kakitangan swasta dan pemaju mencari pekerja kerajaan yang stabil sebagai pembeli mereka.
8. JANGKAAN PILIHAN RAYA 2018
 Orang menanti kesan selepas pilihanraya, apakah polisi akan kekal atau dasar perumahan akan berubah. Semua orang ternanti. Ada yang tunggu lepas pilihanraya baru membeli.
9. NILAI RINGGIT MASIH MENGECIL
 Matawang kita masih tidak stabil, jangkaan ia akan kekal seperti ini sepanjang tahun.
10. PELUANG PEKERJAAN KURANG.
 Sebagaimana langkah kerajaan mengekalkan jumlah kakitangan dengan memaksimumkan tenaga kerja.
Begitu juga swasta, mereka akan lebih berhati hati untuk mengambil kakitangan baru.
11. SKIM MY DEPOSIT 2018
 Bagi merancakkan kembali pasaran hartanah skim ini kembali diperkenalkan. Beli hartanah yang betul, bukan hartanah yang kita suka.
12. KAJIAN SEMULA PR1MA
 Kerajan harus mengkaji semula keberkesanan projek PR1MA. Bagaimana Projek Rumah Selangorku dan Rumah Rakyat di Johor lebih murah dari projek PR1MA.
Ada negeri yang projek PR1MA tidak selari dengan median gaji penduduk setempat.
13. PELABUR SEJATI
 Selagi ada tawaran munasabah dan harga dibawah pasaran, mereka kekal membeli.
14. SIMPAN DUIT KITA SEBAGAIMANA SURAH YUSOF 44-47.
 Akan sampai zaman susah, buatlah simpanan sebagaimana saranan Nabi Yusof a.s sebagaimana  diceritakan dalam Quran.
Apakah kita akan jadi seperti 72% sahaja penyimpan ASB yang hanya ada simpanan RM536.!
Sahaja.
Selamat Tahun
Baru 2018 kawan
Azizul Azli
Ahmad
Pelabur Kecil
#BinaMatlamatKewangan2018
Kemarau ini
akan panjang, bersedialah kawan.
Continue Reading

PANDUAN RANCANG KEWANGAN 2018

Panduan, rancang, kewangan, diri, dan, keluarga,
Terdapat 4 tahap perancangan kewangan yang mudah.
1.Perlindungan.
Beli takaful sebagai perlindungan dengan jumlah tidak lebih 10% pendapatan, jika lebih kita mula hilang haluan.
2. Simpanan.
Simpan sekurang kurangnya 10%-30% dari pendapatan dan jangan sesekali sentuh simpanan ini walau MYVI baru yang datang.
3. Pelaburan.
Cari pelaburan yang menawan di jiwa kita, halal dan kita faham. Ingat, tiada pelaburan yang sempurna. Semakin seksi semakin tinggi risikonya.
4. Persaraan.
Rancang persaraan kita dari hari pertama kerja, mahu bersara seperti raja atau masih mahu menjadi jaga sahaja kawan.
Anak Muda Kacak Membeli hartanah boleh menjadi Simpanan, Perlindungan, Perlaburan dan Persaraan kita dimasa hadapan.
Gegadis suka lelaki yang kaya walau wajah tak Korea, tak caya cuba tanya Fasha Sandra 😋
Azizul Azli Ahmad
Continue Reading

JENIS JENIS HUTANG

terdapat, beberapa, jenis, hutang, keliling, kita
Menurut saudara Azizul Azli Ahmad, terdapat beberapa jenis hutang, antaranya :
1. Hutang
Jahat – Apa sahaja hutang yang dibina dan ‘tidak untungkan kita’. Malah hutang
itu membebankan kita. Hutang Pinjaman Peribadi sebagai contoh. Liabititi
2. Hutang
Baik – Hutang yang dibina memberi ‘nilai tambah’ pada kita. Hutang bina aset
atau beli hartanah. Barang yang kita beli semakin tinggi nilainya. Pinjaman
Perumahan dan Pendidikan antara hutang yang baik. Aset.
3. Hutang
PTPTN – Bayar segera, nanti susah nak keluar negara. Takkan cuti nak bergambar
di Pantai Merdeka & Port Dikson saja. Macam mana nak upload foto di Insta
dengan rasa bangga. Jom Turkie?
4. Hutang
Kahwin – Jangan berhutang untuk buat kenduri kahwin. Itu bukan tanda syukur,
itu tanda tak pandai ukur.
5. Hutang Kad
Kredit – Bayar segera hutang kad kredit ini, kadar 15%-18% yang kita kena bayar
boleh jadikan kita papa kedana. Ramai orang muda dah kena
6. Hutang
Court Maut – Jangan beli perabot jika belum mampu, tidur tilam lipat bukan satu
dosa. Tapi bina banyak hutang dilarang agama.
7. Hutang Ah
Rahnu – Masuk dalam sistem CCRIS sebagai orang yang tiada kemampuan kewangan.
Bank tak berapa suka kita sebenarnya. Jangan beli emas dan pasang impian nak
pajak di Ah Rahnu. Itu kerja gila.
8. Hutang
Kawan – Kawan kita akan ingat kita sampai bila bila. Selagi kita tak bayar
jangan ingat dia lupa atau kita buat buat lupa. Bayar segera!
9. Hutang
Along – Baik bayar kalau tak nak kena anu kena ‘potong’.
10. Hutang
Budi – Amalan yang baik, amalkan ini selalu jika nak tawan hati gegadis. Nampak
beg tangannya jenama pasar malam, belikan Gicci yang ori bagi.😉
Kenali hutang
kita sebelum ia telah hidup kita.
Gegadis tak
suka kita hutang ‘kata kata’, kalau dah suka cakap saja. Jangan nak simpan-
simpan acah hispter 😜
credit : Azizul Azli
Ahmad
#HapuskanHutangSegera
#KongsikanJikaBermanfaat
Continue Reading

10 TIPS HIDUP ENERGETIK UNTUK USAHAWAN

Berikut adalah 10 Tips hidup energetik untuk Usahawan yang dikongsi oleh Saudara Norizan Sharif.
norizan sharif
Norizan Sharif
1. Bangun awal, sebaik-baiknya 30 minit sebelum solat Subuh, atau lebih awal dari itu. Manfaatkan masa ini untuk solat, muhasabah atau membaca. Gunakan masa ini untuk membuat “mental plan” beberapa hari ke hadapan.
2. Senaman sekurang-kurangnya satu jam selepas solat Subuh. Brisk walk. Jogging. Pergi gimnasium, Keluarkan peluh. Fikiran akan jadi lebih jelas dan badan rasa bertenaga.
3. Solat awal waktu. Usah bertangguh. Kalau nak “bertemu Allah” pun kita bertangguh, besar kemungkinan aktiviti sesama manusia pun kita akan bertangguh.
4. Usah mengular sewaktu pagi. Selepas bangun, terus jalani kehidupan aktif. Usah baring di katil lagi. Orang yang malas bangun seringkali ada masalah untuk jalani kehidupan. Dia tak bermotivasi untuk hidup.
5. Buat jadual aktiviti sepanjang hari. Tentukan apa nak buat pada pukul 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan seterusnya. Patuhi jadual tersebut.
6. Tepati masa. Kalau berjanji pukul 8 pagi, pastikan datang pukul 8 pagi. Kalau ada yang tidak boleh tepati janji, tinggalkan. Usah cuba gembirakan orang lain sehingga jadual hidup kita tersasar. Orang akan lebih hormat kita jika kita ada prinsip hidup.
7. Usah buang masa dengan mengopi tanpa tujuan. Kalau setakat nak mengenali kawan-kawan bisnes, melalui Facebook pun boleh. Kalau ada yang nak berjumpa, tanya apakah tujuan perjumpaan tersebut. Kalau tujuan perjumpaan itu tak ada manfaat yang jelas untuk bisnes kita, batalkan saja. Biarlah orang nak kata kita sombong. Ada kala, “sombong” pun boleh jadi aset bisnes.
8. Apabila buat appoinment, pastikan tahu awal-awal berapa lama temujanji tersebut (contoh: satu jam), apakah yang nak dicapai (contoh: dapatkan persetujuan mengenai sesuatu cadangan), dan siapakah lagi yang akan terlibat (supaya kita dapat bersedia). Cukup masa, minta diri.
9. Kurangkan perkataan “nak buat.” Nak beli kertas. Nak pergi klinik. Nak pergi bank. Nak buat appointment. Buat, buat, buat. Usah tangguh. Sebagai usahawan, kita kena buat. Buat pada masa itu juga.
10. Tinggalkan orang yang banyak beri alasan dan suka salahkan orang lain. Usah letihkan diri dengan sikap negatif ini. Orang yang bermotivasi pun boleh lemah semangat kalau selalu dengar cakap orang negatif dan tak bersemangat. Apabila kita cuba gembirakan semua orang, orang yang paling tak gembira ialah kita.
Continue Reading

Beli Rumah Dengan Gaji RM1500

Gaji datang daripada kerja hakiki, pendapatan datang dari pelbagai sumber. Simpan RM1,500 dan guna side income untuk cover belanja bulanan korang.

 

Gaji RM1,500 tapi kemahuan ekstrim nak beli rumah RM300K, maka usaha korang tu pun kena ekstrim lah. Kalau korang sanggup buat, korang akan dapat.
Tips ini dikongsi oleh saudara Harith Faisal setelah belia mendapat komen dari laman facebooknya.
 “Kata nak tolong bangsa sendiri. Tapi ilmu nak beli rumah RM300K dengan gaji RM1,500 pun tak nampak lagi ni. Share please. Bagi orang lain beli rumah juga”.
gaji rendah beli rumah
5 point ni saling berkait tau. Korang pandai-pandailah “match”kan dengan keadaan kewangan masing-masing. Takkan semua nak kena cerita kat sini.
Semoga kawan-kawan korang yang memerlukan idea macam ni akan dapat manfaatnya. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kalau tak faham, istighfar bebanyak.
Continue Reading
1 2 3 9