SINOPSIS DRAMA CINTA HATI BATU

drama, cinta, hati, batu, tv3, lakonan, ashraff, muslim
Drama Cinta Hati Batu terbitan Primeworks Studios ditayangkan di Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Drama ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Indah Emeerlda, Farisha Irwayu,
Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi
SINOPSIS
CINTA HATI BATU
Mengisahkan
Anith Fitriah (Fitri) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas aturan keluarga.
Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitri
masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri
sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu
kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya
termasuk anaknya Aya.
Tanpa
keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka
bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan
Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah
dirancang oleh keluarga mereka.
Apakah
kesudahannya?
Continue Reading

SINOPSIS DRAMA KALIS KASIH

drama, kalis, kasih, tv3, lakonan, ammar, baharin, gambit, syazwan, zulkifli
Drama Kalis Kasih dilakonkan oleh Mawar Rashid, Amar Baharin, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifli,Nadia Aqilah, Ifa Raziah, Hasnul Rahmat. Drama Kalis Kasih merupakan terbitan Z K Creative Production Sdn Bhd dan ditayangkan di Slot Samarinda TV3
Continue Reading

DRAMA ZAHIR TAK TERUCAP

drama, zahir, tak, terucap, dilakonkan, oleh, airel, zafrel, shahrul, ridzuan
Zahir Tak Terucap dilakonkan oleh Saharul Ridzwan, Airel Zafrel, Raysha Rizrose, Farisha Irwayu, Esma Dainal, Idris Mat Diah. Bakal bersiaran di TV3 slot zehra.
SINOPSIS
ZAHIR TAK TERUCAP
Hisyam
terpaksa berkorban menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala kejahatan Haziq
semata-mata mahu menutup aib abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha
dan mencari Aisyah, cinta pandang pertamanya yang dirogol oleh abangnya dulu
untuk bertanggungjawab namun mendapat halangan daripada kedua-dua keluarga dan
bakal tunangnya, Aireen.
Continue Reading

DRAMA TIPU KITA

Dalam drama Melayu terdapat banyak nilai yang tidak sihat. Walau ia drama ia tetap melekat
diminda kita sepanjang masa.
1. Anak muda dalam drama hidup kaya raya, mereka tak bayar PTPTN ka?
2. Rumah mesti bunglo ada kolam mandi 7 depa, itu belum tunjuk orang gaji ada 5.
3. Projek juta ria saja, mesti sebut ‘Holding Company’
4. Dato dan Tan Sri mesti ada dalam dialog mereka.
5. Orang kaya itu jahat sifatnya, mesti ada dengki sesama mereka. Nak masuk neraka ka?
6. Bulu mata lentik mesti pakai walau dalam bilik tidur dan bilik mandi.
7. Jika berhijab waktu tidur masih pakai juga, memang tidur pakai tudung fatwa baru
kebangsaan?
8. Lelaki pegang wanita itu tiada salahnya, adengan romantik katanya.
9. Aktiviti shopping sepanjang masa,mesti bawak beg shopping kemana mana
10. Kerja mudah tapi kaya raya, buka file sikit tapi bawa kereka BMW dan Audi punya
11. Tiada kereta Proton Saga dan Produa
12. Bercuti mesti keluar negara,bukan pantai Merdeka
13. Belanja mewah itu biasa
14. Mak ayah mesti kaya raya tak ingat dunia
15. Acara kahwin mesti meriah giler, macam hidup dalam istana
16. Mesti ada pendengki dalam mana mana organisasi.
17. Mengumpat itu pasti
18. Temanya hanya Cinta, cinta, cinta, cinta dan cinta lagi.
19. Bila jadi bos mesti garang giler. Nak hempas meja sahaja.
20. Waktu makan mesti ada dialong mewah dan gaduh punya, perut tak lapar ka?
Banyak nilai salah dalam drama kita, tiada nilai yang bina masyarakat sebenarnya.
Berhentilah tonton drama Melayu, ia sedang menghina pemikiran kita. Banyakkan baca buku dan
sembang dengan anak anak.
Kurangkan drama dalam hidup kita
Continue Reading

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu

lafazkan - kalimah - cintamu - farid kamil
Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Lafazkan kalimah Cintamu ini bakal ditayangkan di saluran ASTRO lakonan Farid kamil, Neldia Sensrose.
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

 

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

drama, lafazkan, kalimah, cintamu, astro, ria,
Lafazkan Kalimah Cintamu

 

Continue Reading
1 2 3 10