Aman Central Antara Kompleks Membeli-belah Terbaik Di Dunia

Kompleks Aman Central memulakan operasi pada 1 Oktober 2015 dengan purata 1.2 juta pengunjung setiap bulan.

Ahmad Bashah dalam ucapannya mengakui, pembinaan Aman Central merupakan mercu tanda baharu yang boleh memakmurkan status bandaraya Alor Setar.
“Titik sentuhan Kumpulan Belleview melakar kejayaan baru Alor Setar dengan penjenamaan sebagai sebuah negeri yang mempunyai kompleks membeli-belah setanding Kuala Lumpur.
“Portal CNN juga melabelkan Aman Central antara 12 bandar raya membeli-belah terbaik di dunia,” katanya.
Menurutnya, Aman Central berjaya merangkul anugerah ‘Highly Commended Asia Pacific Property Awar for the Retail Development Malaysia Category in the International Property Awards 2015/2016’ yang mengiktiraf antara pusat membeli-belah yang terunggul di rantau Asia Pasifik.
“Kedah berpotensi besar untuk menjadi lokasi pelancongan paling popular di rantau ini selain mempunyai keunikan tersendiri yang boleh kita banggakan,” katanya.

Kompleks yang berkeluasan 800,000 kaki persegi itu dibina atas tapak pembinaan Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu.
Sebelum ini, pembinaan Aman Central terpaksa mendepani beberapa cabaran termasuk kemelut berpanjangan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun untuk memberi laluan kepada projek itu.
Continue Reading

Majlis Kahwin Dengan Kos RM800

Tiada pelamin indah, barangan hantaran serta persalinan mewah tetapi sekadar majlis akad nikah ringkas dan jamuan makan di restoran dengan kos hanya RM800.
Itu cara Fadhil Mohamad Isa, 32, dan pasangannya Siti Norazlin Salim, 36, meraikan hari bahagia mereka ketika bergelar suami isteri pada Oktober tahun lalu.
Fadhil yang bertugas sebagai pembaca berita sambilan TV9 itu berkata, majlis berkenaan sengaja diadakan secara ringkas berikutan tidak mahu membazir walaupun dirinya sebenarnya mempunyai kemampuan.
“Bukan saya tak ada duit untuk buat majlis, duit simpanan saya melebihi cukup untuk buat majlis besar-besaran tetapi, kami pilih kahwin serba ringkas dan bersederhana selain berjimat ia lagi berkat sebenarnya.
fadhil tv9

“Lagipun kami fikir lebih baik duit simpanan itu digunakan untuk teruskan hidup selepas kahwin memandangkan kos sara hidup di bandar ini tinggi,” katanya.
Menurut bekas pramugara sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Jeddah itu, pemilihan konsep perkahwinan mewah mahupun ringkas adalah pilihan masing-masing, namun lebih elok mengikut kemampuan.
“Bagi saya sebenarnya buat majlis ringkas ini lagi bermakna dan tak perlu berhutang. Kita juga tak akan tertekan memikirkan beban hutang yang perlu ditanggung selepas melangsungkan majlis.
“Saya hanya berbelanja sekitar RM800 sahaja untuk urusan akad nikah dan jamuan makan rakan serta keluarga kedua-dua pihak di sebuah restoran di ibu negara,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perkenalan dia dan isterinya, menurut Fadhil, mereka berkenalan ketika sama-sama bertugas di sebuah syarikat penerbangan di Jeddah pada 2014.
pembaca berita tv9 fadhil isa
“Selepas setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu secara ringkas.
“Saya bersyukur isteri bersetuju dan bersependapat untuk mengadakan majlis dalam serba ringkas kerana tidak mahu membazir.
“Malah, kami dapat buktikan tanpa majlis perkahwinan mewah pun kami boleh hidup bahagia seperti pasangan lain apatah lagi isteri kini sedang hamil tiga bulan,” katanya.
Trend perkahwinan mewah dengan cara berhutang semakin menjadi pilihan bakal pengantin tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang seperti pendedahan muka depan akhbar ini pada Ahad lalu.
Kebanyakan pasangan muda mengambil keputusan bercerai walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun berikutan bebanan hutang perkahwinan yang sering menjadi pertelagahan mereka.
sumber : Hmetro
gambar : FB saudara Fadhil
Continue Reading

PROGRAM ANAK ANGKAT DEKATKAN SPRM DAN MASYARAKAT

program anak angkat sprm,
Seramai 87 kadet Kursus Asas Pegawai SPRM menyertai Program Keluarga Angkat di Kampung Guar Kepayang, Pendang, yang dianjurkan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap SPRM menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Program bertemakan “Rakyat Bersama SPRM” itu berlangsung selama empat hari bermula 21 Mac 2015 disertai oleh 86 kadet lelaki dan seorang perempuan iaitu mereka yang mengikuti Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41) dan kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P29) kendalian MACA.
Program berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Ybhg. Dato’ Bakar Din pada 21 Mac 2015 manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Sri Mohd. Jamidan, di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, hari ini.
Turut terlibat dalam program ini ialah 44 keluarga di sekitar kawasan Guar Kepayang yang menerima dua orang kadet termasuk sembilan bukan Islam, bagi setiap keluarga.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut ialah ceramah integriti dan agama serta gotong-royong.
sprm bersama rakyat
Program anak angkat ini merupakan yang keenam dilaksanakan selepas kejayaan program yang sama di Baling, Kedah.
Dalam pada itu, semasa ucapan majlis penutup, Dato’ Sri Mohd. Jamidan berkata, aktiviti ini merupakan program ‘serampang dua mata’ iaitu memberi pendedahan kepada kadet-kadet terhadap nilai murni menerusi interaksi bersama masyarakat di samping meningkatkan kesedaran rakyat mengenai usaha pembanterasan rasuah.
Beliau berkata, selain itu, pendedahan mengenai kehidupan masyarakat kampung yang hidup serba kekurangan akan menjadikan kadet-kadet lebih rasional sekali gus memahami masalah rakyat apabila menjadi pegawai SPRM.
keluarga angkat sprm, program anak angkat sprm
Dato’ Sri Mohd Jamidan berkata, program seumpama ini merapatkan hubungan SPRM dan rakyat dalam usaha pencegahan rasuah dan berharap hubungan keluarga angkat pada kali ini akan diteruskan sampai bila-bila.
Turut hadir Pegawai Daerah Pendang, Zaid Ahmad; Pengarah MACA, Ybhg. Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, wakil Pejabat Pelajaran Pendang dan kira-kira 100 penduduk kampung.
Continue Reading

SPRM LAKAR SEJARAH, MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DIADAKAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Buat julung kali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai di kawasan luar bandar selaras dengan dasar Merakyatkan SPRM.
perbarisan, sprm, tamat, latihan
Majlis hari ini (26 Mac 2016) berlangsung di Sekolah Kebangsaan Guar Kepayang, Pendang Kedah.Seramai 87 kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41) dan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 19 1/2015 (Penolong Penguasa Gred P29) telah menamatkan latihan selama setahun yang bermula 1 April 2015.
dato sri shukri abdul, sprm,
Perasmian majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam amanatnya berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPRM menerusi Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi meningkatkan kualiti pegawai SPRM selaras dengan kehendak masyarakat yang mahukan Malaysia bebas rasuah.
Kata beliau, bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan SPRM, pegawai kadet dilatih untuk mendekatkan diri dengan segenap lapisan masyarakat agar dapat merasai dan menjiwai denyut nadi, sekali gus memastikan usaha memerangi rasuah dapat dilaksanakan secara komprehensif.
“Negara hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang sangat dinamik. Justeru, pegawai-pegawai baharu ini perlu segera melengkapkan diri dengan kemahiran, pemikiran kreatif inovatif serta lebih positif agar kita kekal relevan serta berdaya saing,” kata beliau dalam ucapannya yang disampaikan oleh Dato’ Sri Mohd Shukri.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Sri Mohd Jamidan Abdullah ketika ditemui wartawan berkata, acara yang diadakan di Pendang ini melibatkan dua program iaitu Program Keluarga Angkat Kursus Asas Pegawai SPRM dan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM.
“Semua aktiviti yang diatur merupakan serampang dua mata kerana ia memberi faedah dan kesan positif terhadap SPRM dan juga masyarakat,” jelas beliau.
perbarisan sprm 2016
Pada majlis hari ini, Kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 18 1/2015 (Penguasa Gred P41), Muhamad Sabri Mohd Latif telah menggondol dua kategori iaitu Anugerah Ketua Pesuruhjaya yang merupakan anugerah Kadet Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalime) iaitu Anugerah Khas.
Anugerah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia pula dianugerahkan kepada Ahmad Faisal Mohd Bejo manakala Anugerah Komandan Pusat Latihan Asas MACA diterina oleh Zahairy Moh Yunus.
Sementara itu, Anugerah Ketua Pesuruhjaya dan Anugerah Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Kadet Siri 19 (Penolong Penguasa Gred P29) diterima oleh Nasrul Fahmie Che Hussin.
Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) dianugerahkan kepada Asbi Munip manakala Anugerah Komandan Pusat Latihan Luar MACA pula diterima oleh Muhammad Hafizruddin Ab Ghani.
Turut hadir Pengarah MACA, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz; Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri SPRM serta wakil-wakil Pejabat Daerah Pendang serta Pejabat Pelajaran Pendang.
sprm, maca, latihan sprm
sumber : FB Sahabat SPRM
Continue Reading

Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Utara 2016

Roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Utara ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat .
Dialog Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon utara
Roadshow Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal Zon Utara ini telah pun diadakan di zon tengah, iaitu di Selangor dan juga zon timur di Terengganu.Pada 11 Februari 2016, negeri Kedah dipilih menjadi lokasi bagi zon utara yang telah diadakan di Auditorium Aras 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bandar Mu’adzam Shah, Anak Bukit, Kedah.
ibu tunggal zon utara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan pelan tindakan pemerkasaan ibu tunggal yang komprehensif bagi membantu meringankan permasalahan
yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal di Malaysia.
Disamping itu, taskforce  ini berperanan sebagai pemantau dan penasihat isu-isu berkaitan ibu tunggal di samping memastikan langkah-langkah bersesuaian diambil demi menepati sasaran pelan pemerkasaan ibu tunggal ini dapat dicapai.
Dialog ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah binti Dato’ Sri Panglima Haji Mohd Dun.
dialog pelan tindakan ibu tunggal
pelan-tindakan-pemerkasaan-ibu-tunggal
pelan tindakan pemerkasaan ibu tunggal
Continue Reading
1 2 3 8