Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia

filem, surf, this, love, lakonan, shukri, yahaya
KELAINAN. Ini yang ingin disampaikan menerusi filem Surf This Love (STL). Filem terbitan Global Solution Resources ini mengisahkan kehidupan pemain luncur air. Pertama seumpamanya di Malaysia, penerbit filem ini nyata berani untuk mengetengahkan sesuatu yang lain daripada biasa.
Penerbitnya, Amie Zhu berkata, pihaknya ingin keluar daripada kepompong filem tempatan yang
banyak dihidangkan dengan genre dan cinta.
“STL adalah kisah mengenai kehidupan peluncur air. Walaupun tahu berdepan risiko dengan
mengetengahkan kisah sebegini, tetapi saya mahu masyarakat kita tahu, di negara kita juga ada tempat meluncur air terbaik seperti Pulau Tioman.
 “Ramai tidak tahu, setiap tahun diadakan pertandingan meluncur air di Pulau Tioman yang menjadi tumpuan peluncur dari luar negara,” katanya.
Amie berkata, dengan jalan cerita itu, sudah pasti pelakon utama perlu tahu kemahiran meluncur dan paling penting tahu berenang.
“Kerana itu, pemilihan dibuat dan kami ambil Shukri Yahaya untuk membawakan peranan utama.
“Shukri seorang pelakon yang baik apabila sengaja membiarkan rambutnya menggerbang panjang bagi menjiwai watak sebagai ‘surf boy’. Ini kerana kebanyakan imej mereka memang begitu dan saya amat menghargai usahanya itu.
senarai, pelakon, filem, surf, this, love

“Cabaran besar untuk mendapatkan pelakon yang boleh memberikan komitmen tinggi dalam sukan air seperti berenang. Sebelum ke lokasi penggambaran, Shukri dilatih meluncur terlebih dahulu supaya aksinya di atas papan luncur kelihatan semula jadi dan bersahaja seperti seorang juara,” katanya.

Dalam pada itu, Amie berkata, bagi menyiapkan naskhah tersebut, pelbagai perkara terjadi kepada team STL antaranya mengalami masalah logistik dan pengangkutan sewaktu di Pulau Tioman dan Bali.
“Trak pikap kami rosak di tengah jalan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran di Tioman. Ada juga berlaku pokok tumbang, pelakon jatuh ke dalam laut dan macam-macam lagi.
“Tidak hanya di Tioman, malah ketika di Bali, kami mengalami masalah komunikasi, nilai mata wang kita yang masih rendah serta makanan. Tetapi, saya gembira dengan komitmen yang diberikan semua kru dan juga pelakon dan hasil penggambaran sangat memuaskan,” katanya.
Menampilkan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain sebagai pengarah, Amie begitu berpuas hati dengan
hasil kerjanya.
sumber : sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge