Sinopsis Episod Akhir Temptation Of Wife
Temptation Of Wife merupakan drama romantik Filipina yang kini sedang ditayangkan di TV3. Temptation Of Wife juga merupakan adaptasi dari drama korea iaitu tajuk yang sama. Ramai yang mengikuti drama ini pasti ingin tahu apa kesudahannya. Drama Temptation of Wife ni dilakonkan oleh Marian Rivera, Dennis Trillo, Glaiza de Castro dan Rafael Rosell. Sebenarnya aku dah tengok drama ni.
Sinopsis Episod Akhir Temptation Of Wife
Ramai yang mengetahui Heidi telah bebas dan telah pun berkahwin dengan seorang jutawan terkenal. Namun dendam Heidi terhadap Angeline masih lagi membara. Selepas Heidi memenangi bidaan jam tangan, Heidi masih lagi tidak berpuas hati dengan Angeline. Walaupun sudah berkahwin, Heidi masih lagi memburu cinta Marcel.Marcel pula hanya mengharapkan cinta Angeline saja disaat ini. Marcel juga tidak berputus asa untuk mendapatkan cinta Angeline semula walaupun Angeline sudah buat keputusan untuk memilih Nigel.
