SINOPSIS DRAMA CINTA HATI BATU

drama, cinta, hati, batu, tv3, lakonan, ashraff, muslim
Drama Cinta Hati Batu terbitan Primeworks Studios ditayangkan di Slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Drama ini dilakonkan oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Indah Emeerlda, Farisha Irwayu,
Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi
SINOPSIS
CINTA HATI BATU
Mengisahkan
Anith Fitriah (Fitri) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas aturan keluarga.
Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitri
masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri
sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu
kemalangan kereta. Ehsan pula tidak mempedulikan orang di sekelilingnya
termasuk anaknya Aya.
Tanpa
keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka
bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan
Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah
dirancang oleh keluarga mereka.
Apakah
kesudahannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge