Siapa Pernah ???

Aku nak kongsi satu cerita. Cerita ini aku rasa mungkin sesetengah dari korang pernah membacanya. Kalau tak silap aku lah kan, cerita ni pernah diceritakan oleh guru aku.  Dah lama dah…ceritanya begini….(ada kepul-kepul awan kat atas kepala)

Pada suatu hari….Ada anak perempuan kecil yang comel…(ala..tomei..tomei.)..memberitahu ibunya, “Mama…mama…tadi kan adik lukis guna lipstik mama”.
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstiknya yang mahal baru dibeli semalam telah tinggal setengah. (penat kumpul duit ) sambil melihat wajah dan tangan anak perempuannya penuh dengan warna-warna lipstik tersebut. Dengan dalam keadaan marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuannya itu tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut anak kecil itu.

Setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar yang anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengocangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka mata. Namun….semuanya sudah terlambat, jantung anak perempuan itu telah berjenti berdegup. Pada saat itu, barulah si ibu terlihat lukisan anak nya di selimut. Berlinangan air mata si ibu apabila melihat di selimut itu tertulis ” sayang mama sampai bila-bila “.

p/s : moral of the story, jangan terlalu kita sayangkan harta berbanding anak-anak kita kerana anak itu amanah dari Allah.

1 thought on “Siapa Pernah ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge