Senarai Nama-nama Surah Di Dalam Al-Quran

Al-Quran, adalah, kitab, suci, bagi, orang, yang, beragama, Islam

Al-Quran adalah kitab suci bagi orang yang beragama Islam. al-Quran
ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat
Jibril
 dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan
membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan
berakhir dengan Surah An-Naas. Surah yang terdapat dalam Al-Quran ialah :-

1. Surah Al-Fatihah (Pembukaan)
2. Surah Al-Baqarah (Sapi Betina)
3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
4. Surah An-Nisaa’ (Wanita)
5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
6. Surah Al-An’aam (Binatang Ternakan)
7. Surah Al-A’raaf (Tempat Tinggi)
8. Surah Al-Anfaal (Rampasan Perang)
9. Surah At-Taubah (Taubat)
10. Surah Yunus (Nabi Yunus a.s.)
11. Surah Hud (Nabi Hud a.s.)
12. Surah Yusuf (Nabi Yusuf a.s.)
13. Surah Ar-Ra’d (Guruh)
14. Surah Ibrahim (Nabi Ibrahim a.s.)
15. Surah Al-Hijr (Kawasan Berbatu)
16. Surah An-Nahl (Lebah)
17. Surah Al-Israa’ (Perjalanan Malam)
18. Surah Al-Kahfi (Gua)
19. Surah Maryam (Siti Maryam)
20. Surah Taahaa
21. Surah Al-Anbiyaa’ (Para Nabi)
22. Surah Al-Hajj (Haji)
23. Surah Al-Mu’minun (Golongan yang Beriman)
24. Surah An-Nuur (Cahaya)
25. Surah Al-Furqaan (Pembeza Kebenaran dan Kebatilan)
26. Surah Asy-Syu’araa (Para Penyair)
27. Surah An-Naml (Semut)
28. Surah Al-Qasas (Cerita-cerita)
29. Surah Al-‘Ankabut (Labah-labah)
30. Surah Ar-Rum (Masyarakat Rom)
31. Surah Luqman (Luqman)
32. Surah As-Sajdah (Sujud)
33. Surah Al-Ahzab (Golongan yang Bersekutu)
34. Surah Saba’ (Kaum Saba’)
35. Surah Faatir (Pencipta)
36. Surah Yaasin
37. Surah As-Saaffat (Yang Berbaris Dengan Teratur)
38. Surah Saad
39. Surah Az-Zumar (Rombongan)
40. Surah Al-Mu’min (Orang yang Beriman)
41. Surah Fussilat (Dijelaskan)
42. Surah Asy-Syuraa (Permesyuaratan)
43. Surah Az-Zukhruf (Perhiasan Emas)
44. Surah Ad-Dukhaan (Kabut/Asap)
45. Surah Al-Jatsiyah (Yang Berlutut)
46. Surah Al-Ahqaaf (Bukit-bukit Pasir)
47. Surah Muhammad (Nabi Muhammad s.a.w.)
48. Surah Al-Fat-h (Kemenangan)
49. Surah Al-Hujurat (Bilik-bilik)
50. Surah Qaf
51. Surah Adz-Dzariyaat (Angin yang Menerbangkan)
52. Surah At-Tur (Gunung)
53. Surah An-Najm (Bintang)
54. Surah Al-Qamar (Bulan)
55. Surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)
56. Surah Al-Waqi’ah (Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan)
57. Surah Al-Hadid (Besi)
58. Surah Al-Mujadilah (Perempuan yang Merayu)
59. Surah Al-Hasyr (Pengusiran)
60. Surah Al-Mumtahanah (Perempuan yang Diuji)
61. Surah As-Saf (Barisan)
62. Surah Al-Jumu’ah (Hari Jumaat)
63. Surah Al-Munafiquun (Golongan Munafik)
64. Surah At-Taghabun (Saling Untung dan Rugi)
65. Surah At-Talaq (Cerai)
66. Surah At-Tahrim (Mengharamkan)
67. Surah Al-Mulk (Kerajaan)
68. Surah Al-Qalam (Pen)
69. Surah Al-Haaqqah (Keadaan Sebenar)
70. Surah Al-Ma’arij (Tempat-tempat Naik)
71. Surah Nuh (Nabi Nuh a.s.)
72. Surah A-Jin (Jin)
73. Surah Al-Muzammil (Yang Berselimut)
74. Surah Al-Muddathir (Yang Berselimut)
75. Surah Al-Qiamah (Kebangkitan)
76. Surah Al-Insaan (Manusia)
77. Surah Al-Mursalat (Yang Diutus)
78. Surah An-Naba’ (Berita Besar)
79. Surah An-Naazi’aat (Yang Mencabut)
80. Surah ‘Abasa (Dia Bermasam Muka)
81. Surah At-Takwiir (Menggulung)
82. Surah Al-Infitar (Pecah Belah)
83. Surah Al-Mutaffifiin ( Golongan yang Curang)
84. Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)
85. Surah Al-Buruj (Gugusan Bintang)
86. Surah At-Taariq (Pengunjung Malam)
87. Surah Al-A’laa (Yang Tertinggi)
88. Surah Al-Ghaasyiah (Peristiwa yang Menggelisahkan)
89. Surah Al-Fajr (Fajar/Sinar Mentari)
90. Surah Al-Balad (Negeri)
91. Surah Asy-Syams (Matahari)
92. Surah Al-Lail (Malam)
93. Surah Adh-Dhuha (Pagi yang Cemerlang)
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah (Kelapangan)
95. Surah At-Tin (Buah Ara)
96. Surah Al-‘Alaq (Gumpalan Darah)
97. Surah Al-Qadr (Kemuliaan)
98. Surah Al-Baiyinah (Bukti yang Nyata)
99. Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan)
100. Surah Al-‘Aadiyaat (Yang Berlari Kencang)
101. Surah Al-Qari’ah (Hari Yang Hingar Bingar)
102. Surah At-Takathur (Bermegah-megah)
103. Surah Al-‘Asr (Waktu)
104. Surah Al-Humazah (Pengumpat)
105. Surah Al-Fiil (Gajah)
106. Surah Quraisy (Kaum Quraisy)
107. Surah Al-Ma’un (Barangan Berguna)
108. Surah Al-Kauthar (Melimpah-ruah)
109. Surah Al-Kafirun (Golongan Kafir)
110. Surah An-Nasr (Pertolongan)
111. Surah Al-Lahab (Nyalaan Api)
112. Surah Al-Ikhlas (Tulus Ikhlas)
113. Surah Al-Falaq (Subuh/Dinihari)
114. Surah An-Nas (Manusia)
“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. ” Al-A’raf:ayat 204.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge