Sebab Lelaki Tak Kahwin

sebab, lelaki, tak, kahwin
Kahwin memang bagus. Boleh elak berlakunya zina dan banyak lagi kebaikan kahwin ni. Lelaki sebenarnya bila time orang tanya bab kahwin, dia jadi pendiam sikit. Dalam hati tu tak pasti samada nak terus terang ke tak. Siapa yang tak nak kahwin oooiii… Semua orang nak kahwin, kahwin tu kan sunnah…Cuma kahwin cepat atau lambat jer… Antara sebab lelaki tak kahwin lagi ialah :- 
1.Duit belum cukup lagi.
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit. Nak bayar
mas kawin la, hantaran la. Dah tu mas kawin dan hantaran tu letak tinggi
mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer..hehehe. Kita makan maggie jer nak kumpul duit
tu bukannya perempuan tau. Harga Maggie pun dah naik tau sekarang ni!
2. Nak beli kereta dulu baru nak kahwin.
Takda kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata jer…tu pun macam nak tak nak pandang jer Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas. Jatuh standard lah kalau naik bas
tu…
 3. Susah la nak cari yang berkenan dihati.
Memang susah pun. Perempuan sekarang ini ?Bila time kita ada duit abangku
sayang, time takda duit sayang pun habis!
  
4.Tak datang seru lagi kot.
Awek pun tak ada lagi? camana nak kahwin kan ? Tak sampai masa lagi…Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
5.Banyak sangat halangan.
Banyak sangatlah procedure sekarang ni. Nak kena masuk
kursus lah. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak
kawin kat Siam dia tak nak!hehehehe…..
6.Belum bersedia la.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat
berat. Sekarang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun
belum terlaksana.
7. Ilmu tak cukup la.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?mimpi
basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal perempuan
belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara pula.. Orang salahkan kita gak!
8.Banyak tanggungan
Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga
lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena
tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung
dosa isteri.Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa
orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9.Dah mencubalah tapi telah dikecewakan.
Perempuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak lelaki kaya jer tak kira ler laki orang ke duda orang ke terus tinggalkan
kita.
10.Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar.
Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang
tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi
tak habis-habis nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat. Sikit-sikit merajuk. Contohnya kalau anak kucing dia hilang. makkk aiii… dia majuk. Macam la kita
yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jalan, makan-makan?Habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. Dah bagitau dah, kita suka nie kita tak
suka itu, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka. Tapi dia selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam
mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14. Nak carik yang solehah lah.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang
punya kot. Tak nak lah sampai gitu…
15. Masalah la.
Perempuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
16. Nak sambung belajarlah awek tu ader master atau
phd malu la.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh kat awek tu.
Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.(kalau mak bapak dia macam tu lah)
17. Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat
saya
Perempuan suka bermain-main dengan hati lelaki yang suka kat dia. Rasa macam nak lempang jer tapi sweet…hehehe
p/s : Lelaki, betul ke tak ????
ppssss: habislah aku nanti kena serang dengan perempuan…..laaaarriiiii……..

5 thoughts on “Sebab Lelaki Tak Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge