Sayang Nak Guna Laa…

Alahai…macam ini pun ada. Teringat pula masa aku kecil-kecil.hehehehe… Tau tak pasal apa? Duit baru je. Tadi petang ada seorang budak ini datang kat aku. 
” Abang, ada duit kecil tak nak tukar ? “sambil dia hulur RM10 kepada aku.
” Ok… Nah ambil ni ” aku bagi satu keping RM5 ( duit baru ) dan RM1 darab 5 keping.
Lepas tu, dia pun pergi. Tak sampai berapa minit, dia datang semula kepada aku dan hulur RM5. 
” Abang, ada tak duit RM5 yang lama?”. Aku pun tanyalah kenapa. Lepas tu dia kata sayang nak guna duit baru tu. Alahai…. Padahal duit tu dah renyuk pun. Biasalah kan, budak-budak.. Aku masa kecil-kecil dulu pun macam ni lah juga… Korang tak ada buat macam ni juga ?

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge