Saya Tak Ada Akaun Wechat- Fir Rahman

pelakon, kacak, fir, rahman, dari, singapura
Hari ini pelakon utama drama Ramadan Jangan Pergi yang pernah bersiaran di slot Samarinda TV3 memberitahu ada individu lain membuka akaun wechat dengan menggunakan nama beliau.

Fir Rahman atau nama sebenarnya Firdaus Abdul Rahman memaklumkan dia berasa kecewa kerana ada pihak tertentu sanggup membuka akaun wechat tersebut dan menipu semua orang. Fir Rahman memaklumkan bahawa dia mendapat tahu mengenai akaun ini melalui seseorang yang bertanyakan kepadanya. 
 akaun, wechat, palsu, fir, rahman

 “Saya terkejut apabila mengetahui perkara ini.Saya lihat banyak gambar saya yang diambil dari Facebook dan juga Instagram saya dan dimuatnaikkan dalam akaun berkenaan,”ujar Fir Rahman.
Fir Rahman juga berharap agar individu terbabit memadam akaun berkenaan dan berhenti menyalahgunakan kemudahan yang ada.
wechat, firdaus, rahman, akaun, palsu, fir, rahman
akaun, wechat, palsu, fir, rahman

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge