Salah Sangka

Assalamualaikum..buat apa tu???dah makan ke??
kali ni nak cakap pula pasal salah sangka.Aku rasa semua orang pernah salah sangka kat orang kan?termasuklah aku ni…ye lah kan sebabnyakita ni manusia biasa je..korang pernah tak terfikir??
1. Bila jumpa
pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak
tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

2. Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish
penjahat ni. jangan dekat dengan dia”.Padahal kita tak tahu dia telah difitnah
mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

3. Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang
gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak
tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

4. Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww
hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu
kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam
kebakaran.

P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat
andaian… Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI 🙂
jgn pernah sesekali kita berburukk sangka, BERBAIK
SANGKALAHH wahai sahabat-sahabat ku ;)) ini untuk diri sendiri juga… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge