Rumah Terbakar Menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum….

Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi saudara aku. Kira-kira jam 10 pagi, ada berlaku satu kejadian tidak diingini. Siapa sangka perkara ini akan terjadi. Tambahan pula apabila menjelang Aidilfitri ini. Hari ini, rumah saudara aku terbakar. Cuba korang bayangkan, semua persiapan raya dah buat, saudara-mara ada yang sudah sampai tapi semua ini ketentuan dari tuhan.

Semasa kejadian, aku berada dirumah aku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi mercu meletup-letup di udara. Pelik lah pula kan, siapa lah yang main mercun di pagi hari ini kan? Tak menarik nak tengok percikan bunga api di udara. Kemudian, di ikuti dengan asap tebal di udara. ” Ini pasti ada sesuatu yang tidak kena”, kata mak aku. Makin lama makin banyak asap tebal diudara. Mak aku kemudian menyuruh adik aku pergi tengok sekitar kawasan tu. MasyaAllah, tengok-tengok rumah saudara aku terbakar…. Masa aku sampai di tempat kejadian, aku tengok dah tak ada apa yang tinggal. Bomba pula tak sampai lagi. Rumah sudah hangus dijilat api.

Beberapa miinit kemudian bomba sampai. Tapi nak buat apa dah. Semua sudah hangus. Bomba datang pun hanya boleh padam api yang tinggal jer. Semasa pihak bomba pada api yang tinggal tu, tiba-tiba kat ruang dapur rumah api menyala dengan marak, asap makin jadi tebal. Rupanya, tong gas terbakar. Bukan satu tong gas, tapi tiga…. Nasib baik tak meletup. Semasa pihak bomba padam kebakaran, air pula habis… terpaksalah lori bomba tu keluar pergi sungai untuk ambil air. Lepas tu barulah datang lagi tiga kereta bomba datang. Datang nak buat apa dah? Semua dah tinggal arang jer. Rumah kampung, penuh dengan papan jelah. Sebab tu api cepat marak. Cuma boleh lakukan siasatan terhadap punca kebakaran aje lah.

Anngaran kerugian sebanyak RM125 ribu. Tapi bersyukur sangat sebab tidak ada nyawa diambil, kereta semua selamat. Sekarang tinggal apa yang dipakai saja lah. Baju raya? Jangan cakap apa lah kan. Apa yang penting, nyawa saudara-mara aku tu selamat. Kepada korang semua, hati-hati main mercun malam nanti. Suka, suka juga, keselamatan harus diutamakan yer.

P/s : gambar tak sempat aku letak sekarang sebab tak bawa usb ke tempat kerja ni…huhuhuhu…nanti lah aku update lain. Gambar tu hanya contoh sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge