Ramadhan Ya Ramadhan 2

selamat, berpuasa, ramadhan
Ramadhan Ya Ramadhan…
Keranamu Ramadhan, Allah SWT telah menjanjikan balasan taqwa bagi orang-orang yang benar-benar berpuasa. “Hai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana telah di wajibkan kepada orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”.  darjat taqwa adalah maqam (tempat) kedudukan tertinggi di sisi Allah SWT.
         ” Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.” (Al-Quran: 49 : 13)
Rasulullah bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penuh perhintungan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada masa yang lalu.” (HR Muslim)
Untuk pengetahuan semua, pada bulan ini pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. ” Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan sia-sia, maka Allah tidak perlu puasanya. ” (HR Muslim)
Disini menunjukkan jika kita puasa tetapi kita tidak meninggalkan perkara buruk maka puasa kita umpa tin kosong…
Rasulullah juga berpesan : ” Apabila kamu berpuasa maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu berpuasa dari hal-hal yang haram. Dan jauhilah menyakiti jiran. Hendaklah kamu bertenang dan beramal serta jangan dibiarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa sama sahaja”.
Rasulullah SAW selalu berdoa agar amalannya yang terbaik adalah pengakhiranya. Begitu pula dengan Ramadhan, ciri-ciri berhasilnya tarbiyah Ramadhan akan menjadi lebih baik, jika saat-saat menjelang akhirnya puasa dapat ditutup dengan husnul khatimah, iaitu dengan i’tikaf. Maka, akan lahirlah satu umat yang baru yang tinggi kekuatan rohnya, yang kuat amal ibadahnya serta sentiasa bertaqwa dalam hidupnya, setelah melalui sebulan Ramadhan yang intensif.
ahlan, wasahlan, ya, ramadhan

1 thought on “Ramadhan Ya Ramadhan 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge