Ragam Zaman Kanak-kanak

Antara zaman yang paling best dan paling dikenang ialah zaman kanak-kanak kan ? Kalau lah masa dapat diputarkan kembali, mesti nak kembali zaman kanak-kanak. Tak perlu buat itu, tak perlu ini….Antara yang dikenang masa zaman kanak-kanak dulu :-

1) Kat rumah ada kipas meja. Apa lgi, buka kipas tu dan bercakap depan kipas.. Best nya nila suara bertukar…bangganya..siap nyanyi
lagi….tu yang tak tahan tu..hahaha….
2) Buka peti ais…Lepas tu tengok lampu dalam tu menyala.. mulalah buat eksperimen…tutup pelan pelan..nak tengok lampu dalam
tu terpadam …last-last, kena marah….
3) Dulu waktu kecik-kecik, my dad selalu bawa keluar jalan-jalan. Tapi yang bestnya bila naik kereta. Tau sebab apa dan waktu mana ? Bestnya pada waktu malam…dapat tengok bulan dalam hati ingat bulan tu dok ikut jer…kemana pergi pun ada je bulan tu… Situasi seterusnya, masa kereta mydad kat depan…wah..siap jerit yang kereta belakang tu tak boleh potong… ala-ala race gitu…padahal, hakikatnya, memang lah kereta kat belakang tu tak boleh potong sebab ikut had laju…
4) Paling best dan paling gila bila nampak helikopter atau kapal terbang lalu atas kepala…Walaupun aku dok dalam rumah, sanggup aku lari pecut 100 meter hanya sebab nak lambai kat helikopter dan kapal terbang tu….Kononnya diaorang pun lambai juga lah…
5) Paling rasa hero masa zaman kana-kanak masa naik basikal…Pecut laju-laju lepas tu lepas tangan..last sekali aku terlanggar pagar rumah tok aku… 
6) Waktu sekolah dulu selalu ada lori milo datang kat sekolah…best sangat dapat minum free…Siap pergi ambil dua kali lagi. Lepas tu kantoi dengan cikgu….
7) Dapat main upih pinang… Alaaa….yang duduk atas upih pinang tu dan tarik laju-laju…hahahaha…siap buat lumba upih pinang lagi….

2 thoughts on “Ragam Zaman Kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge