Polis Bebaskan Pengeluar Filem “Innocence Of Muslims”

Polis Los Angeles, Amerika Syarikat membebaskan pengeluar filem “Innocence Of Muslims” yang menghina Nabi Muhammad SAW. Polis meninggalkan Nakoula Basseley Nakoula,55 tahun di satu lokasi yang tidak dinyatakan. Jurucakap polis berkata, Nakoula memberitahu mereka,dia tidak akan kembali ke kediamannya. Nakoula disoalsiasat selama kira-kira setengah jam. dia menyerah diri kepada polis selepas kediamannya diserbu pihak media sejak beberapa hari yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge