Pisang Goreng Je

“Apa ? lapar pisang goreng je? Itu
pun nak balik ke?tanya aku kepada mak aku.”
Apalah abang aku sorang ini, nak
balik kampung sebab nak makan pisang goreng je. Aduhai…macam lah kat sana tak
ada jual pisang goreng kan ? Dia kerja kat Johor, jauh lah perjalanan nak balik
ke kampung. Lebih kurang 8 jam gitu. Sanggup pula dia balik kampung semata-mata
nak makan pisang goreng.
Dia telefon kat mak aku satu
malam sebelum nak balik kampung. Dan hari ini (2/10/2012) dia sampai di
kampung. Nasib baik lah aku ada urusan kat luar pagi tu. Dapatlah beli pisang 2
ikat. Kalau kat rumah aku memang tak ada pokok pisang, yang ada pokok
bunga.  Kalau korang, sanggup ke nak
balik kampung semata-mata nak makan pisang goreng ? Aku memang tak lah. Baik
aku pergi beli je kat mak cik yang jual pisang goreng kat depan pasaraya taman
tu. Nak balik kampung banyak kos lah. Mungkin sebab abang aku ni rindu lagi kat
kampung halaman kot. Hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge