Pesawat MH370 ke Beijing dilaporkan hilang

Pagi ini, 8/3/2014 semasa aku sedang tonton Nasi Lemak Kopi O kat TV9, ada berita terkini yang dikhabarkan oleh pengacara NLKO iaitu AG Azmir dan Hunny Yatim mengenai Pesawat MH370 ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan. Berikut maklumat lanjut mengenai berita ini.

Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12:41 pagi untuk perjalanan ke Beijing, China dilaporkan telah terputus hubungan.

Menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan nasional itu, pesawat jenis Boeing B777-200 nerkenaan dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Ia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat. Sementara itu, orang ramai diminta menghubungi talian +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

NAHAS PESAWAT MH 653

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge