Persoalan Yahudi Tentang Solat

solat,sembahyang,tiang,agama
Seorang Yahudi bertanya;
“Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
solat?,”
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat Zohor,
pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat pada
ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari
Kiamat,”

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah
Khuldi. Orang Mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir,”
Setelah itu, Rasulullah membaca ayat yang bermaksud:
“Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, solat
Maghrib itu adalah di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang
ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah maka
Allah akan perkenankan,”
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Solat Isyak (attamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu
juga pada hari Kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T. haramkan daripada
terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian
sirat,”
Sabda Rasulullah S.A.W. seterusnya:
“Solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40
hari secara berjemaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
* Dibebaskan daripada api neraka
* Dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge