PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UTHM SEMESTER II SESI 2012/2013

Beikut adalah senarai bagi yang berminat untuk memeohon kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Semester II 2012/2013. Ini adalah kemasukan untuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Permohonan dibuka muali 22 Disember 2012 – 31 Disember 2012.
Program-Program Yang Ditawarkan (Secara Sepenuh Masa) :
1. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian 
2. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian
3. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
4. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian
5. Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan dan Fabrikasi Logam) dengan
Kepujian
NOTA :
Pengambilan bagi program ini BUKAN bertujuan untuk lantikan sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Permohonan hendaklah dibuat melalui -> http://e2.uthm.edu.my/ppa/mohonmasuk/index.php
Terbuka kepada calon Lepasan Diploma sahaja. Permohonan yang telah lengkap
diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah
disahkan bersama-sama salinan resit pembayaran sebagai bukti pengesahan
pembayaran wang proses. Salinan resit pembayaran melalui mesin pembayaran tunai
(Cash Deposit Machine) tidak diterima. 
Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon dikehendaki menulis nama
program yang dipohon di sudut kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat
berikut :
Dekan,
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Hebahan panggilan temuduga boleh disemak mulai 18 Januari 2013 di laman
sesawang UTHM. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas Februari 2013
dianggap tidak berjaya. 
PERTANYAAN :
Sila hubungi di talian 07-4564030/4113/4115
Faksimili : 07-4536585

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge