Permintaan Dari Seorang Rakan Karib

Assalamualaikum…..
tengah wat apa tu?? entry aku kali ni mungkin lain sikit dari kebiasaan entry aku yang lain. lain macam mana, itu korang kenalah baca sampai habis. eh..eh..korang dok baca ni, dah makan ke belum??? Aku, Alhamdulillah dah makan petang tadi.. 🙂

Sebut pasal makan ni, tadi aku ada dapat satu mesej dari kawan aku ni….Twitt..twitt..sms…aku pun baca lah sms tu yang didalam nya berbunyi begini ” Izwan, boleh tak kau tulis pasal tazkirah makan makan haram.”  Dalam benak hati ku tersentak..” Alamak!!! aku ni bukan ler pandai agama sangat.” tapi, tak apalah demi seorang sahabat, aku cuba lah yang mana boleh.

Korang mesti tertanya-tanya siapakah gerangan sahabat aku ni kan? tak pe lah, tak payah lah tau…Hamba Allah macam kita juga. Sebenarnya, merujuk apa yang diberitahu kepada aku, sahabat aku ini mungkin akan hidup dalam 2 tahun lagi. Itu kata doktor padanya. tapiiiii, ajal maut ni bukan di tangan kita dan bukan kita yang tentukan. Siapa yang tentukan??hah..pandai pun..Allah yang tentukan. Kita sebagai seorang hamba haruslah bersedia untuk menghadapi mati. Sedarlah, setiap dari kita akan menemui mati dan tidak dapat lari darinya. Ini jelas seperti yang difirmankan :

          “Setiap yang bernyawa akan merasai mati” (al-Imran : 185)


          “Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh” (an-Nisa: 78)


          “Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (al-Jumu’ah: 08)


Berbalik kepada tajuk entry aku, aku akan cuba cari maklumat pasal permintaan sahabat aku ini. InsyaAllah, secepat yang mungkin.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge