Peragut Disembelih

Malaysia – 26/10/12, Begitulah
nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk Kampung
Tak Wujud. Menurut saksi,Haji Manan Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan
yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang
berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu tapi sempat dihalang oleh jirannya.

Ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang berharga
yang didapati pada peragut itu. Salah seorang penduduk tempatan yang juga Ketua
Kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya
menyembelih kedua-dua peragut ini sambil kaki peragut itu diikat.


Setelah mendengar takbir bergema, dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas
kasihan. Orang ramai  tidak menghalang
perbuatan ketua kampung itu malahan mereka juga bersiap sedia dengan pisau.
Daging mangsa dilapah dan diedarkan kepada penduduk tempatan selain di makan.
Selepas disiasat, rupanya peragut itu ialah lembu dan kambing.
Selamat Hari Raya Aidil Adha……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge