PENJELASAN ISU BISKUT RAYA NORAINI COOKIES

syarika, biskut, bumiputera, noraini's,  cookies, malaysia

Berikutan ada pihak yang tidak puas hati dengan biskut raya Noraini Cookies, hari ini pihak Noraini Cookies tampil membuat penjelasan dengan lebih teliti. Berikut adalah penjelasan dari Noraini Cookies di laman facebook mereka.

biskut, raya, noraini, cookies, buatan, bumiputera

Assalamualaikum
Kepada para pelanggan yang dihormati,
SUKATAN TIMBANG BUKAN BIJI
Syarikat ingin memaklumkan bahawa syarikat kami selama ini sentiasa menjual produk-produk kami berdasarkan berat produk tersebut sejajar dengan “common practice”antarabangsa. Kami tidak pernah sama sekali menjual produk-produk kami berdasarkan bilangan biji. Sila lihat gambar yang dilampirkan untuk kepastian.
POLISI HALAL SYARIKAT
Atas dasar taqwa, selain memastikan segala bahan-bahan yang digunakan adalah patuh syar’iah, kami juga mematuhi aspek-aspek lain dalam polisi HALAL kami termasuklah dalam hal-hal timbang tara. Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Mutaffifiin 83:1-3 :
1. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
2. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
3. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
BEKAS BESAR – SATU STRATEGI PEMASARAN
Di dalam suasana pasaran yang amat kompetitif, pelbagai taktik digunakan untuk menonjolkan produk masing-masing. Di dalam perniagaan hypermarket, PENGUASAAN RUANG PAMERAN adalah strategi asas dalam menonjolkan sesuatu produk. Ini bermakna, siapa yang menguasai lebih banyak ruang, lebih mendapat perhatian para pembeli di pasaran.
Strategi ini turut digunakan oleh syarikat-syarikat lain contahnya syarikat makan-makan ringan. bungkusan besar, isi yang sedikit. 
Syarikat tidak berniat untuk menipu para pelanggan kerana asas perniagaan kami adalah berdasarkan berat produk, bukan saiz bekas.
NASIHAT PADA PARA PELANGGAN
Syarikat mengucapkan terima kasih kepada keperhatinan para pelanggan kami. Walau bagaimana pun kami agak terkilan, bila mana sesetengah pihak tampil secara uniteral di media tanpa usul periksa atau mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat. Ini adalah bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW:
“Muslim itu saudara(nya) muslim. Ia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh menyerahkannya ke tangan musuh. Barangsiapa yang berkenan memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah pasti memenuhi keperluan. Barangsiapa melepaskan suatu kesulitan muslim, maka Allah akan melepaskan darinya salah satu kesulitannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.“ (Sahih Bukhari)
Kebanyakan operator syarikat ini merupakan golongan fakir miskin atau ibu tunggal.
Kontroversi sebegini secara tidak langsung akan menjejaskan punca rezeki golongan-golongan ini.
Semoga Allah melindungi golongan-golongan ini.
Walau bagaimana pun, pihak syarikat memohon maaf kepada semua pihak sekiranya perkara ini telah menyebabkan kekeliruan awam.
Bersempena dengan musim perayaan ini, pihak syarikat ingin mengucapakan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas
Abu Kamila
Pengurus Pemasaran
Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd.

Ok..Harap semua dah faham dengan jelas. Sebelum kita buat sesuatu, kita siasat dulu. Aku memang dah tahu Noraini Cookies memasarkan produk ikut berat dan bukan kuantiti. Produk lain pun sama juga cuma tak dijadikan isu macam ni. Apa-apa pun, fikir dulu sebelum bertindak. Baca label sebelum membeli. 

biskut, raya, blueberry, cheese, tart, noraini, cookies
biskut, raya, noraini, cookies, cheesy, cheese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge