Pasangan Mengamuk Di Putrajaya

Pelbagai persoalan yang timbul apabila seorang lelaki dan wanita tiba-tiba menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini sambil membawa pedang samurai.
Kekecohan bermula sekitar jam 2.30 petang, apabila mereka kelihatan masuk di pondok pengawal. Lelaki itu yang tidak berbaju bersama pasangannya yang berhijab hitam diminta berada di perkarangan bangunan. Bagaimanapun, kedua-dua mereka bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja yang terletak di tempat letak kereta yang tidak jauh dari dari bangunan B1 yang menempatkan Bahagian Biro Pengaduan Awam.
amukan, di, putrajaya
Pihak Polis cuba memujuk mereka namun gagal dan terpaksa melepaskan tembakan. Lelaki berkenaan cedera di tangan kanan dan pasangannya di paha kiri. Kini mereka menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Difahamkan kedua-dua suspek mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali..
pasangan, mengamuk, di, putrajaya

1 thought on “Pasangan Mengamuk Di Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge