Panggilan Semalam

Saja jer nak cerita…..Semalam kira-kira dalam pukul 3.00 petang aku dapat panggilan dari wakil IBS untuk menawarkan aku tempat ke kursus IBS yang bakal diadakan pada 1-5 ogos ini di Rawang. Jom ikuti perbualan aku :
Wakil IBS : Hello…Encik Mohammad Izwan ye?
Aku : Ye saya..siapa ni?

Wakil IBS : Saya(Nama dia yang aku tak ingat tu) dari IBS nak tawarkan encik ke kursus IBS yang akan diadakan di Rawang…. (specific place aku tak ingat ye)

Aku : Owh..yer ke..bila tu? Siapa lagi yang ikut sama?

Wakil IBS : Kursus ini akan diadakan pada 1-5 ogos ni.. Yang pergi adalah rakan-rakan encik dari kursus sesi yang lepas.Anjuran MARA..penginapan dan makan semua ditanggung.

Aku : owh…ok..ok..ok…nanti saya confirm balik boleh,sebab nak ajak kawan saya lagi sorang.

Wakil IBS : ye..boleh..bila tu encik nak confirm? 2 3 hari lagi kea tau petang ni?

Aku : (dengan penuh bersemangat dan yakin untuk ikut serta)Petang ni juga saya confirm..ok..

Wakil IBS : Ok..Assalamualaikum

Aku : Ye.. Waalaikumussalam.
Kalau korang perasan dari perbualan diatas tu, sebenarnya aku terlupa nak tanya kursus bahagian apa..pakat jawab ok jer aku ni kan..ye lah, semangat sangat nak join… Dan seperkara lagi yang aku lupa ialah aku sekarang ni tengah berkerja….boleh ker aku pergi?? Amboiii..banyak handsome muka aku kan???(memang handsome punnn…) Macam lah aku ni bos, aku ni kerja dengan orang….kerja makan gaji, nanti gergaji pula yang aku dapat…huhuhu…. Lagi satu, kawan aku tu nak ke pergi sama??? Dah banyak timbul persoalan ni….hhhhmmm…..jap..jap..aduiii….masa ni pula dia nak datang……

2 thoughts on “Panggilan Semalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge