Ops Sikap kepada Ops Selamat

Selepas lebih sedekad Ops Sikap dilancarkan dengan sasaran mengurangkan kadar kemalangan di musim perayaan, iaitu bermula tahun 2001 yang mana turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan, Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Ops Sikap kali ini akan diberi nama baru selain beberapa pendekatan lebih berkesan.
Bagi siri pertama sempena Aidilfitri ini, ia akan dikenali sebagai Ops Selamat.
TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA berkata,”Inisiatif kita , kita beri sikit  pembaharuan yang mana tunggu lah esok kita akan masukkan sikit pembaharuan kepada usaha kita nak menentukan semasa perayaan Hari Raya ini semua rakyat Malaysia orang ramai kerana kita tau semasa Hari Raya Aidilfitri, Gong Xi Fa Cai semua Malaysian celebrate”. 
Pelancaran Ops Selamat akan disempurnakan Tan Sri Ismail di Dataran Shah Alam, esok.
Selain Polis Diraja Malaysia PDRM, Ops Selamat akan mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Suruhanjaya Pengangkutan Awam, SPAD serta Bulan Sabit Merah Malaysia.
Antara langkah yang diambil semasa Ops Sikap termasuklah:

  • pemantauan khusus bas ekspres
  • pemantauan menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya
  • mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j)
  • menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari tertentu
sumber : Buletin Utama TV3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge