Nisfu Syaaban

Assalamualaikum…

Kali ni aku nak berbicara pasal Nisfu Syaaban.Bukan orang yer tapiii…Sedar tidak sedar, sekarang ni dah nak masuk pertengahan bulan Islam kita iaitu Syaaban.ok..Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban iaitu 15 Syaaban. Dalam tarikh ini, umat Islam mempercayai bahawa amalan yang dilakukan selama setahun ini akan dibawa naik oleh malaikat untuk dituka kepad lembaran baru.
Dan, pada malam ini (malam Nisfu Syaaban), kita digalakkan bangun dan berjaga malam serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan kita dibawa naik ketika kita tidur atau lalai. Aku rasa bab berjaga malam ni korang dah buat latihan dah.Tak ingat ke??? Minggu lepas kan EURO, korang sanggup membeliakkan biji mata tu semata-mata nak tengok bolah disepak oleh 22 orang. Cuba lah berjaga pula untuk amalan kita yang bakal dihintung ni.Ada boleh ke tidak???
eh..dok berleter pula…tue ler korang ni,jangan buat aku berleter…hahahaha…berbalik kepada tajuk aku ni, kalau korang nak tahu, malam Nisfu Syaaban ni adalah malam yang penuh rahmat dan berkat selepas malam Lailatulqadar. Saiyidatina Aishah r.a meriwayatkan bahawa, Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a : ” Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian, aku mencuit ibu kaki baginda Rasulullah dan ia bergerak. Kemudian aku kembali dan mendengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya ” Ya Allah, aku pohonkan kemaafanMU daripada apa yang diturunkan dan aku pohon keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghintung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri”.
Jadiiiii….kita sebagai salah seorang hamba Allah yang kerdil dan hina nie tak terasa ke nak buat maca mana Baginda Rasulullah buat??? InsyaAllah, kita boleh ikut sunnah Nabi S.A.W.
p/s : Sempena ini juga, aku nak mohon kemaafan kepada korang jika ada salah bicara penulisan aku yang tak seberapa ni. Moga kemaafan dilembaran ini dapat dimaafkan…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge