Nak Jadi Baik Tak ?

“Saya nak baiki diri. Daripada
mana saya harus mula ?”
Pernah tak ungkapan ayat diatas
lahir dihati kita ? Aku pernah. Bukanya aku ni jahat, tapi aku nak perbaiki
diri lagi untuk kearah kebaikan. Dalam satu buku yang aku pernah baca dulu, ada
membincangkan mengenai persoalan yang timbul ini. Menurut buku itu, “ Jika
ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Jika untuk baiki manusia kita
perlu baiki hatinya. Untuk baiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki
solat.”
“Mulakan dengan memperbaiki solat
? Mengapa solat ? Bukannya orang yang baik itu ialah orang yang solat ?”
Dalam satu cerita ketika
diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW
tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah
bertanya, bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat
itu lambat laun akan meyebabkan dia berhenti mencuri.
“Tapi kalau orang itu masih jahat
juga setelah megerjakan solat, bagaimana? Bagaimana nak perbaiki solat?”
Mulakan mencari ilmu tentang
kesempurnaan solat, seperti mana komputer. Kalau dalam komputer itu ada
hardware dan software yang bagus, pasti computer itu adalah yang terbaik,
begitu juga solat. Solat juga ada hardware dan software. Hardware solat iaitu
tentang rukun fi’li atau perbuatan fizikalnya manakala software rukun qauli,
ada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rassa yang bersemi di hati.
Daripada Imam al-Ghazali,
bahawasanya jika solat itu dipersembahkan kepada Allah tanpa sebarang rasa,
sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
Jadi, marilah kita memperbaiki
solat jika ingin menjadi baik. Orang yang enggan solat itu dia tidak nampak
atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilimuaan, dan lain-lain sifat
kesempurnaan Allah.

2 thoughts on “Nak Jadi Baik Tak ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge