Nahas Pesawat MH 653

MH653, pesawat, MAS, terhempas

Nahas pesawat pertama dalam sejarah MAS dan paling teruk melibatkan pesawat MH 653 yang terhempas di Tanjung Kupang pada Disember 1977 yang mengorbankan 100 nyawa.Pesawat itu dikatakan meletup dan terhempas di kawasan paya bakau Tanjung Kupang.

Pesawat MH 653 jenis Boeing 737-2h6 itu dikatakan berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang pada jam 7.21 petang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Kuala Lumpur.Pada jam 7.46 petang, dikatakan juruterbang pesawat berkenaan iaitu Kapten G.K Ganjoor melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang perampas yang tidak dikenali didalam pesawat semasa mendekati Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Namun peswat berkenaan tidak mendarat di situ tetapi mengalihkan laluan penerbangan ke Singapura. Malangnya pesawat berkenaan tidak sempat mendarat di Lapangan Terbang Singapura.

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman berkenaan menggambarkan kekecohan yang berlaku dan akhirnya semua siste komunikasi pesawat tersebut terputus pada jam 815 malam.

keratan, akhbar, berita, pesawat,terhempas

Menurut penduduk kampung yang menyaksikan kejadia itu,beliau menceritakan ternampak gugusan api di langit sejurus pesawat berkenaan terhempas ke bumi dan menggegarkan kawasan itu. Penduduk kampung melaporkan satu letupan kuat dan kebakaran di kawasan paya bakau berkenaan pada jam 8.36 malam.

Tragedi pesawat MH 653 ini meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican. Selain itu, turut terkorban sama dalam nahas pesawat ini ialah Duta Cuba Ke Malaysia iaitu Mario Garcia dan isterinya, usahawan Jepun, Tomio Gotto, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D Hoerr dan S.A Naime. Tiada seorang penumpang pun yang terselamat termasuklah Kapten G.K Ganjoor dan pembantunya Kamarulzaman Jalil.

Al-Fatihah untuk semua mangsa nahas.

#sumber : maklumat internet.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge