Misi Solidariti Gaza

Pasukan Misi Solidariti Gaza selamat tiba di bumi Gaza kira-kira jam 5.35 waktu tempatan,
bersama 115 sukarelawan Aman Palestin.
Perkongsian daripada Syed Ahmad Ziman

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hari ini telah
berlangsung ulangtahun ke-25 penubuhan Hamas. Lebih kurang 1 juta rakyat
Palestin membanjiri sekitar Gaza.

Antara negara yang turut serta ialah Malaysia, Mesir, Algeria, Libya, Qatar,
Bahrain dan lain-lain. Yang paling membanggakan apabila bendera kesayangan, Jalur
Gemilang berkibar bersama-sama dengan bendera Hamas dan negara-negara lain.

Rakyat Palestin dilihat begitu bersemangat terutamanya kaum Hawa!

Antara laungan mereka ialah Islam agama kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran
panduan kami, Hamas parti kami, Al-Qassam tentera kami, dan Syahid fi
Sabilillah ialah cita-cita kami!

Sungguh, rakyat Gaza langsung tidak gentar dengan tentera Israel. Kanak-kanak Gaza
dengan pakaian lengkap tentera, di didik untuk membebaskan tanah mereka dari kecil.
Bersabarlah wahai rakyat Gaza, Allah pasti memberikan kamu kemenangan!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge