Merayau Lagi

Pagi ni aku keluar gi cari kerja lagi…pencarian harus diteruskan. Tapi sebelum tu aku teman member aku pergi ke hospital dulu. Gi check tempat dia wat pembedahan dulu.katanya takut ada jangkitan kuman. Lepas je selesai urusan kt hospital tu, kami terus bergerak ke destinasi pertama. Pergi dok merayau-rayau sambil cari kerja. Banyak la kerja kosong, tapi macam biasa lah, nak perempuan aje..ehwah…ehwah..perempuan jer k e??macam lah lelaki tak perlu kerja???hhhmmmm..susah gak ni….
Tak pelah…terus lagi mencari walaupun dah pukul 12.00 tengahhari…dok Tanya-tanya pekerja kat salah sebuah Mall, depa suruh pi kat ofis belakang.aku  pun pi lah….bila masuk ofis tu dan Tanya je pasal kerja, terus orang tu cakap “ pukul 2.30 sat lagi baru interview, pi balik pakai baju kemas-kemas sikit”. Hancur luluh hati aku sebab baru pukul 12.15 tengahhari. Ah…malas pula aku jadinya…nak kena balik tukar baju, ingat dekat ke??? Aku dan member aku pun pegi menikmati donut kat Big Apple kat mall tu…lepas je makan, teruskan pencarian lagi….
Akhirnya, ada sebuah kedai baru nak buka….wow.bagus ni…pi lah tengok kat iklan dia…mula-mula aku cari tarikh interview dulu…Alamak!!! 8 – 9 Mei 2012….8.00 pagi – 4.00 petang. Tengok jam kat tangan baru pukul 12.45 tengahhari.sempat lagi ni..terus je aku call kat num yang tertera kat papan iklan tu..
“hello, Assalmualaikum”,aku.
“Waalaikumsalam, sapa ni???” org tu….
Aku pun perkenalkan nama aku dan bertanya pasal iklan tu. Then dia cakap “ ok..ok..pukul 2.30 sat lagi mai sini.”
Aku pun tanya lagi “ nak resume dak???nak kena pakai macam mana??” saja jer tanya.
“ kalo ada resume,bawa sekali. Pakai kasut bertutup”katanya…
Aku tamatkan perbualan dan terus bergegas balik rumah untuk siapkan resume aku. Kelam kelibut aku.huhuhu..pukul 2.15 aku pergi balik, jumpa penemuduga tu dan ambil borang untuk isi. Then aku nampak kat boring tu ada ruang untuk pelekat gambar. Mulalah aku bersoal “ nak gambar gak ke encik?”. Dia memblas, “ ye..kalau ada..” Ala….tak dak lah encik..gambar tu nak gambar terkini ke gambar yang lepas pun tak kisah, soal aku. “ Bawa je gambar bila-bila pun, tak kisah.rumah kat mana? balas dia. “rumah?? Kat dalam kawasan tu ha…kampung kat dalam tu..jawab aku. “ dekat dak?” Tanya dia. Aku pun jawab, dekat je…lepas tu dia suruh aku balik ambil gambar….huhuhuhu….sebenarnya, saja jer aku nak ramah mesra awal…nanti masa nak interview tak lah gementar sangat..
Dah selesai semua hal, aku tunggu giliran aku dipanggil. Takut gak aku apalah yang nak ditanya nya..tapi sikit jer tanya…ak pun tak dan nak kenalkan diri aku pun. Dia terus tanya soalan. Sat sangat lah aku disoal oleh dia.
Alhamdulillah…dah selesai temuduga..kalau tak ada apa-apa dalam 2 minggu lagi dapat lah tau keputusan temuduga.Aku harap sangat untuk dapat kerja ni. Dekat dengan rumah.Kalau dapat kira berbaloi lah…Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Aku mohon pertolongan Mu untuk tunaikan doa ku..Aminnn….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge