Merantau Lagi

Assalamualaikum…

       Hari ini aku akan merantau lagi. Macam biasa lah naik Keretapi (KTMB). Jimat sikit dan murah lah dari bas,walaupun ambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai destinasi.Yang best nya aku naik keretapi ni, aku boleh tengok pelbagai gelagat orang.Petang ni jadual keretapi aku pukul 7.47 petang. Selalunya keretapi ni lambat sampai. Kekadang lambat 5 minit, kalo da masalah lagi lah lambat.

     Nak tidur pula macammana??? hhhmmm…aku paksa diri aku untuk tidur lah sebab nya ari Jumaat aku ada kelas pagi. Jadi lah kan dapat tidur sekejap dari tak tidur langsung. Nanti kat kelas mengantuk pula. Sesapa yang pernah naik keretapi tau lah situasi dalam keretapi macam mana…Apa-apa pun, setiap perjalanan memberi satu pengalaman.

nilah keretapi nya.
ini tempat duduk yang selalu aku ambil.

p/s: barang tak siap lagi ni..huhuhu….

2 thoughts on “Merantau Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge