Masuk Islam Selepas Kaji Kulit Manusia

Ini satu lagi kisah yang aku baca dalm satu portal. Ceritanya begini….
“Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al- Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al- Qyran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya dari seorang manusia bernama Muhammad SAW. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al- Quran itu adalah ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.”
Kajian yang macam mana yang membuat beliau tertarik kepada Islam?
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar, maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).
Dannn…hal ini telah dijelaskan dalam Al-Quran…
“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”. (An-Nisaa’ 4:56)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge