Mana Mood Raya

Assalamualaikum…

 Mood…mood..mood..mana kau pergi ni? Kemana kau hilang mood?? Opppsss… terlebih sudah… Pejam celik, pejam celik dah penghujung Ramadhan. Pejam lagi, celik lagi, sedar-sedar lagi dua hari nak raya. Biar betul ini macam? Kenapa ya aku tak dapat rasa mood raya? Kau orang dapat rasa ke? Eh..ya ke? sedap tak rasa? rasa apa? masam..manis..pahit…..hehehehe…

Aku sebenarnya tak tahu lah nak cakap macam mana. Mana mood raya aku pergi pun tak tau. Mungkin dalam perjalanan kot kan? Maklum lah jalan kan tengah sesak sekarang ni. Semua orang pakat nak balik kampung halaman masing-masing kan? Tak apa lah.. aku tunggu mood raya aku sampai dulu… Sementara nak tunggu mood raya sampai, aku nak layan lah dulu video ni.. Mana lah tau laju pula mood raya aku sampai nanti….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge