Malam Jumaat

Malam jumaat
Ye..ye… malam ni malam jumaat..best kan??? Hehehehe….ramai yang kata malam jumaat ni malam sunat. Suka lah tu… tapi malam jumaat aku biasa je. Selain tunggu depan tv nak tengok Amukan Pocong dan Mahabbah yang dah nak sampai episode kemuncak tu, aku ada gak wat sesuatu. Aik..aik…jangan dok fikir bukan-bukan. Dok fikir negative jer ni. Cepuk kang..hehehehe…
Kalau nak tau, satu perkara lagi yang aku buat ialah aku membaca. Bukan baca buku tapi baca Yaasin… tapi buka malam jumaat jer aku baca, malam lain kadang-kadang aku baca gak tapi saja jer aku nak mention malam jumaat. Kan malam sunat. Hehehe….tau tak yang surah Yassing ni umpama hati al- quran? Hah..jangan tak tau pula.
HR Ahmad, Abu Daud dan An- Nassaai :
                “ Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a, bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW, “ Hati Al-Quran ialah surah Yaasiin, tidaklah di baca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah Surah Yaasiin kepada mereka yang hampir kan mati dan selepas mati.”
HR At- Tarmizi dari Anas r.a :
                “ Telah bersabda Rasulullah SAW, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al- Quran ialah Surah Yaasiin, sesiapa yang membaca surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membca Al- Quran seluruhnya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge